Pars (bahasa Turki untuk Harimau bintang Anatolia) adalah satu keluarga kenderaan tempur berperisai dengan versi 4×4, 6×6, and 8×8. Ia dikeluarkan oleh FMC-Nurol Defense Systems dari Turki dengan kerjasama syarikat dari Amerika Syarikat iaitu General Purpose Vehicles.[1] Pars versi 6x6 telah dicadangkan kepada Tentera Darat Turki dan pada tahun 2006 versi 8x8 telah diuji oleh Tentera Darat Malaysia bersama-sama Piranha IIIC buatan Switzerland dan Patria AMV buatan Finland. Akan tetapi sehingga kini, Malaysia belum memutuskan untuk memperolehi kenderan-kenderaan ini. Pada tahun 2008, Pars 8x8 juga telah diuji dalam ujian padang pasir di Emiriah Arab Bersatu dan melengkapkan ujian padang pasir dan jalan sejauh 11,000 km dengan jayanya.
Kenderaan tempur berperisai FNSS Pars | |
---|---|
Jenis | Kenderaan tempur berperisai |
Tempat asal | Turki |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | FNSS |
Pengeluar | FNSS |
Spesifikasi | |
Berat | 16,000 hingga 24,500 kg |
Panjang | 6.1 (4×4), 6.6 (6×6), 8 m (8×8) |
Lebar | 2.7 m |
Tinggi | 2.17 m |
Krew | 6 (4×4), 10 (6×6), 14 (8×8) |
Armor | Asas 7.62mm AP di sekeliling sehingga STANAG-4569 Tahap 4 |
Senjata pertama | 25 mm M242 Bushmaster |
Senjata kedua | Mesingan sepaksi 7.62 mm |
Enjin | enjin diesel Deutz atau Caterpillar 300-450 hp (4×4), 500-600 hp (6×6 dan 8×8) |
Kuasa/berat | 20.4 hingga 24.5 hp/tan |
Sistem ampaian | Suspensi pneumatik semi-automatik kawalan komputer |
Jarak operasi | 1000 km (621 batu) |
Kelajuan | 100 km/j (62 bsj) |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.