Bahasa Turki
bahasa Turkik From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bahasa Turki (Türkçe) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Turkik yang dituturkan aslinya di Turki, Cyprus, Bulgaria, Yunani dan negara-negara lain yang pernah ditakluk Empayar Uthmaniyah, baik juga oleh beberapa juta emigran dalam Kesatuan Eropah. Bilangan penutur asli adalah tidak pasti, berpunca terutamanya daripada kekurangan data bahasa minoriti dari Turki. Rajah dari 60 juta digunakan di sini menganggap bahawa Turki ialah bahasa ibunda kepada 80% populasi Turkish, dengan Kurdi sebagai yang terbanyak kepada yang selebihnya. Bagaimanapun, majoriti besar dari minoriti linguistik di Turki berdwibahasa, menuturkan Turki sebagai bahasa kedua.
Remove ads
Pengelasan
Bahasa Turki tergolong di bawah keluarga bahasa Turkik, khususnya subkumpulan bahasa Oghuz. Secara umumnya, bahasa Turki memiliki darjah kefahaman menyaling yang tinggi dengan bahasa-bahasa Oghuz yang lain seperti bahasa Azerbaijan, Turkmen dan Gagauz.[1] Kira-kira 40% penutur bahasa-bahasa Turkik ialah penutur bahasa ini.[2]
Bahasa-bahasa Turkik pula pernah dikelaskan di bawah bahasa-bahasa Altaik, tetapi kini, kumpulan ini tidak lagi diperakui.
Remove ads
Sejarah
Bahasa-bahasa Oghuz, kumpulan yang merangkumi bahasa Turki secara langsung telah dibawa oleh pihak Empayar Saljuk dan Turki Oghuz ke Anatolia pada abad ke-11.[3] Penyebaran agama Islam serta pengiktirafan bahasa Turki di Empayar Saljuk dan Kekhanan Kara-Khanid telah menyerap perkataan-perkataan daripada bahasa Arab dan Parsi sebagai kata pinjaman.
Pada zaman Empayar Uthmaniyah, dua jenis bahasa Turki telah muncul, yakni bahasa Turki bagi golongan atasan dan kesusasteraan, bahasa Turki Uthmaniyah dan bahasa Turki golongan kebanyakan, kaba Türkçe ("bahasa Turki kasar"). Bahasa Turki atasan memiliki kosa kata yang dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Parsi sehingga tidak dapat difahami oleh golongan rakyat. Kaba Türkçe pula memiliki kosa kata yang terdiri daripada banyak perkataan asli dan menjadi asas kepada kosa kata bahasa Turki moden.[4]
Remove ads
Fonem
Konsonan
Vokal
Secara umumnya, huruf-huruf vokal bahasa Turki ialah ⟨a⟩, ⟨e⟩, ⟨ı⟩, ⟨i⟩, ⟨o⟩, ⟨ö⟩, ⟨u⟩ dan ⟨ü⟩. Diftong tidak dijumpai dalam bahasa Turki melainkan dalam kata-kata pinjaman. Penggunaan keselarasan vokal adalah meluas dalam bahasa Turki yang merupakan sebuah bahasa aglutinatif untuk menjamin aliran yang licin dan mengurangkan pergerakan vokal yang sedikit.
Taburan geografi
Pada 2005, kira-kira 93% penduduk Turki ialah penutur ibunda bahasa Turki.[7] Di Bulgaria, kira-kira sejuta orang penduduk dapat berbahasa Turki.[8]
Bahasa Turki ialah bahasa rasmi Turki serta satu daripada bahasa-bahasa rasmi Republik Cyprus bersama-sama bahasa Yunani. 38 buah perbandaran Kosovo serta dua buah perbandaran Makedonia Utara mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa rasmi.[9][10]
Dialek
Bahasa Turki baku adalah berasaskan dialek Istanbul,[11] tetapi dialek-dialek tempatan juga wujud. Dialek-dialek ini tetap wujud meskipun usaha perataan dialek serta penggunaan dialek baku dalam media massa dan sukatan pendidikan Turki telah dilakukan sejak 1930-an.[12]
Remove ads
Tulisan
Ketika zaman Empayar Uthmaniyah, bahasa Turki ditulis dengan abjad Arab. Namun begitu, abjad Arab dilihat tidak sesuai terhadap sistem fonem bahasa Turki yang sedia ada. Bahasa Turki memiliki lapan bunyi vokal yang tidak dapat ditampung oleh tulisan Arab, serta terdapat huruf-huruf konsonan Arab yang terpaksa diabaikan.[13] Bahkan, kemunculan telegraf dan mesin pencetak pada abad ke-19 menampakkan lagi kelemahan pada tulisan ini.[14]
Pada tahun 1928, tulisan bahasa Turki digantikan dengan sejenis tulisan Rumi diubah suai yang diperkenalkan oleh pengasas Republik Turki, Mustafa Kemal Atatürk.
Huruf-huruf moden bahasa Turki adalah seperti di bawah:
Remove ads
Kosa kata

Edisi terkini kamus rasmi bahasa Turki, Büyük Türkçe Sözlük pada 2010 memiliki 616,767 patah perkataan dan frasa.[15] Edisi tahun 2005 bagi sebuah lagi kamus, Güncel Türkçe Sözlük menunjukkan bahawa 86% perkataan dan frasa yang merangkumi koleksi perkataan dan frasa dalam kamus ialah perkataan asli bahasa Turki dan selebihnya ialah kata pinjaman.[16]
Remove ads
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads