From Wikipedia, the free encyclopedia
Ferenc Puskás (Hungarian: [ˈfɛrɛnt͡s ˈpuʃkaːʃ]; née Purczeld; 2 April 1927[2] – 17 November 2006) merupakan seorang pengurus dan pemain bola sepak Hungary, yang diiktiraf secara meluas sebagai pemain terbaik sepanjang zaman. Sepanjang kerajayanya, beliau telah menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa untuk Hungary, dan 514 gol dalam 529 perlawanan liga Hungary dan La Liga. Beliau menjadi juara Olimpik pada 1952 dan membawa negaranya ke perlawanan akhir Piala Dunia 1954 yang mana beliau dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau memenangi Piala Eropah (1959, 1960, 1966), 10 kejohanan kebangsaan (5 Hungary dan 5 Sepanyol Primera División) dan penghargaan penjaringan 8 individu teratas. Pada 1995, beliau diiktiraf sebagai penjaring teratas pada abad ke-20 oleh IFFHS.[3][4][5]
Maklumat peribadi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Ferenc Purczeld Biró | ||||||||||||
Tarikh lahir | 2 April 1927 | ||||||||||||
Tempat lahir | Budapest, Kerajaan Hungary | ||||||||||||
Tarikh kematian | 17 November 2006 79) | (umur||||||||||||
Tempat kematian | Budapest, Hungary | ||||||||||||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 7 11⁄16 in) | ||||||||||||
Posisi permainan | Penyerang | ||||||||||||
Kerjaya Senior* | |||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||
1943–1955 | Budapest Honvéd[1] | 350 | (358) | ||||||||||
1958–1966 | Real Madrid | 180 | (156) | ||||||||||
Jumlah | 530 | (514) | |||||||||||
Pasukan kebangsaan | |||||||||||||
1945–1956 | Hungary | 85 | (84) | ||||||||||
1961–1962 | Sepanyol | 4 | (0) | ||||||||||
Pasukan diurus | |||||||||||||
1967 | San Francisco Golden Gate Gales | ||||||||||||
1968 | Vancouver Royals | ||||||||||||
1968–1969 | Alavés | ||||||||||||
1970–1974 | Panathinaikos | ||||||||||||
1975 | Real Murcia | ||||||||||||
1975–1976 | Colo-Colo | ||||||||||||
1976–1977 | Arab Saudi | ||||||||||||
1978–1979 | AEK Athens | ||||||||||||
1979–1982 | Al-Masry | ||||||||||||
1985–1986 | Sol de América | ||||||||||||
1986–1989 | Cerro Porteño | ||||||||||||
1989–1992 | South Melbourne Hellas | ||||||||||||
1993 | Hungary | ||||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Puskás memulakan kerjayanya di Hungary dengan bermain untuk Kispest dan Budapest Honvéd. Beliau merupakan penjaring teratas di Liga Hungary bagi empat acara, dan pada 1948, beliau merupakan penjaring gol teratas di Eropah. Semasa tahun 1950an, beliau merupakan ahli dan kapten terkemuka pasukan kebangsaan Hungary, dikenali sebagai Mighty Magyars. Pada 1958, dua tahun selepas Revolusi Hungary, beliau berhijrah ke Sepanyol di mana beliau bermain untuk Real Madrid. Ketika beraksi bersama Real Madrid, Puskás memenangi Pichichis dan menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah.
Selepas bersara sebagai pemain, beliau menjadi jurulatih. Kemuncak kerjaya jurulatih hadir pada 1971 apabila beliau membimbing Panathinaikos kepada perlawanan akhir Piala Eropah, di mana mereka tewas kepada 2–0 kepada AFC Ajax. Pada 1993, beliau kembali ke Hungary dan mengambil tugas sementara bagi pasukan kebangsaan Hungary.[6] Pada 1998, beliau menjadi salah seorang daripada duta pertama FIFA/SOS Charity.[7] Pada 2002, Népstadion di Budapest telah dinamakan Puskás Ferenc Stadion sebagai tanda penghargaan. Beliau juga diiktiraf sebagai pemain Hungary selama lebih 50 tahun oleh Persekutuan Bola Sepak Hungary di dalam Anugerah Jubli UEFA pada November 2003.[8] Pada Oktober 2009, FIFA mengumumkan pelancaran Anugerah Puskás FIFA, dianugerahkan kepada pemain yang paling banyak menjaringkan gol pada tahun-tahun terdahulu. Beliau juga disenaraikan di Pelé FIFA 100.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.