Friendster
From Wikipedia, the free encyclopedia
Friendster ialah sebuah laman web rangkaian sosial milik swasta.[2][3] Ibu pejabatnya terletak di Sydney, Australia.[4] Perkhidmatannya membolehkan penggunanya berhubung sesama sendiri, dan berkongsi kandungan dan media dengan rakan hubungan masing-masing.[5] Tapak web ini juga digunakan untuk bercinta dan mengetahui acara, pemuzik, dan hobi baru. Para pengguna boleh berkongsi video, foto, mesej dan komen dengan satu sama lain melalui profil dan rangkaian mereka.[5]
Fail:New Friendster Homepage.jpg | |
Jenis | Swasta |
---|---|
Diasaskan | 2002 |
Ibu pejabat | Sydney, Australia |
Perancang utama |
|
Laman web | www.friendster.com |
Kedudukan Alexa | 139 (3 Disember 2009) [1] |
Jenis laman web | Perkhidmatan rangkaian sosial |
Pengiklanan | Iklan sepanduk, iklan konteks, penajaan |
Pendaftaran | pilihan |
Tersedia dalam | Inggeris, Filipina, Melayu, Vietnam, Thai, Indonesia, Cina (Tradisional dan Ringkas), Korea, Jepun, Sepanyol |
Dilancarkan | 22 Mac 2002 |
Status terkini | tidak aktif |
Friendster digunakan oleh lebih 115 juta pengguna berdaftar dan lebih 61 juta pengunjung unik sebulan di seluruh dunia. Laman-laman webnya pula dilihat kira-kira 19 bilion kali sebulan, maka dimasukannya dalam 100 tapak web global teratas berdasarkan trafik sesawang.[1]
Lebih 90% trafik Friendster datang dari benua Asia, di mana Friendster menikmati bilangan pengunjung unik paling ramai di kalangan semua rangkaian sosial.[6][7][8][9] Sepuluh negara yang paling ramai penduduknya yang mengakses Friendster, mengikut Alexa, tepat pada 7 Mei 2009 ialah: Filipina, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, China, Jepun, Arab Saudi dan India.[1]