Latitud ialah garisan khayalan yang melintang di muka bumi. Latitud dilukis pada sebuah glob, model sebuah bumi. Garisan ini dilukis dari Timur ke Barat dalam sesebuah peta. Ia dinilai dalam unit darjah °.

Thumb
Papan tanda di utara Vermont.
Thumb
Kadar purata cuaca amat berbeza antara latitud

Terdapat 5 garisan lalitud yang utama. Latitud dikira dari 0° hingga 90 ° Utara dan dari 0° hingga 90° Selatan. Latitud 0° Utara ialah titik Kutub Utara. Sementara latitud 90° Selatan ialah titik Kutub Selatan.

Latitud yang paling besar inilah latitud Khatulistiwa pada 0° darjah. Latitud lain ialah latitud Sartan, Jadi, Artik dan Antartika. Semakin ke utara/selatan khatulistiwa gelang latitud semakin kecil.

Kedudukan garisan latitud seperti berikut:

  • Bulatan Artik — 66° 33′ 39″ Utara
  • Bulatan Sartan — 23° 26′ 21″ Utara
  • Bulatan Jadi — 23° 26′ 21″ Selatan
  • Bulatan Antartik — 66° 33′ 39″ Selatan

Lawan garisan latitud ialah garisan longitud. Garisan longitud ialah garisan menegak yang dikira dari 0° hingga 180° Timur dan 0° hingga 180° Barat. Jadi ada 360 garisan longitud pada sebuah glob / bumi. Bagi menentukan kedudukan sesuatu tempat, latitud disebut dahulu, diikuti dengan longitud.

Kesan kepada cuaca

Iklim di kawasan latitud 0 ° ialah iklim Khatulistiwa kecuali di kawasan gurun. Semakin jauh dari latitud Khatulistiwa, semakin jauh Bumi dari Matahari. Oleh itu cuaca semakin sejuk. Semakin hampir ke latitud Khatulistiwa, cuaca semakin panas.

Oleh kerana cuaca sama ada panas, panas dan lembab atau panas melampau menyebabkan aktiviti ekonomi juga berbeza. Kajian oleh Pusat Pembangunan antarabangsa Harvard menunjukkan bahawa hanya ekonomi Hong Kong, Singapura, dan Taiwan sahaja yang mendapat pendapatan tinggi. Sedangkan negara lain di Khatulistiwa hanya di tahap ekonomi pertengahan.

Thumb

Lihat juga

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.