Khatulistiwa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Khatulistiwa
Remove ads

Khatulistiwa (Jawi: خط الاستواء) ialah satu bulatan khayalan yang dilukis membahagikan planet Bumi kepada dua hemisfera (Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan) yang sama jarak dari kedua-dua kutub planet atau objek astronomi yang lain. Garis lintang khatulistiwa bernilai 0°.[1] Panjangnya khatulistiwa ialah kira-kira 40,075.0 kilometer (24,901.5 bt).

Thumb
Peta dunia yang menunjukkan khatulistiwa dalam garis merah
Thumb
Di kawasan-kawasan pelancongan, khatulistiwa sering kala ditandai pada kedua-dua belah jalan raya.

Khatulistiwa merupakan salah satu daripada lima garis lintang Bumi yang utama, berdasarkan hubungan antara putaran Bumi dengan satah orbit yang menyelilingi matahari. Selain itu, khatulistiwa ialah garis lintang tunggal yang juga membentuk bulatan besar. Dalam pergerakan bermusim melintasi langit, matahari lalu secara langsung di atas khatulisiwa sebanyak dua kali setahun pada ekuinoks bulan-bulan Mac dan September. Di kawasan khatulistiwa, sinar matahari adalah serenjang dengan permukaan bumi pada kedua-dua tarikh tersebut. Tempat-tempat yang berhampiran dengan khalistiwa mengalami kadar matahari terbit dan matahari terbenam yang paling cepat di dunia, dengan masa hanya beberapa minit. Tempat-tempat tersebut mempunyai jangka siang/malam yang lebih kurang sama setiap hari pada sepanjang tahun, berbanding dengan tempat-tempat yang terletak lebih di utara atau selatan.

Perkataan khatulistiwa dipinjamkan daripada خط الاستواء khaṭ al-istiwā' dalam bahasa Arab yang bermaksud "garisan tengah".[perlu rujukan]

Remove ads

Iklim khatulistiwa

Di banyak kawasan tropika, orang-orang mengenal pasti dua musim, iaitu musim lembap dan musim kering, tetapi kebanyakan tempat yang amat dekat dengan khatulistiwa adalah lembap pada sepanjang tahun. Bagaimanapun, musim-musim boleh berbeza-beza bergantung kepada berbagai-bagai faktor, termasuk aras tinggi dan kedekatan dengan lautan.

Permukaan Bumi di khatulistiwa terdiri terutamanya daripada lautan. Titik tertinggi di Khatulistiwa ialah 4,690 meter di 77°59′31" B[pautan mati kekal] pada lereng selatan Volcán Cayambe (kemuncak: 5,790 m) yang terletak di Ecuador. Ketinggian ini adalah lebih tinggi sedikit berbanding garis salji, dan merupakan titik tunggal di khatulistiwa di mana salji terdapat di atas tanah (data dan gambar foto Google Earth).

Remove ads

Kepentingan lokasi

Kawasan yang diliputi direntasi garisan khatulistiwa dipandang berat dalam bidang sains angkasa lagi-lagi apabila berkait dengan pusat pelancaran satelit kerana kelajuan pusingan yang diukur iaitu 460 meter/saat - kelajuan ini mampu melancarkan roket dengan tujahan dan bekalan tenaga yang sekurang mungkin berbanding dengan pusat pelancaran yang lebih jauh daripada khatulistiwa.[2]

Negara dan wilayah Khatulistiwa

Fakta Segera

Khatulistiwa merentasi daratan 11 buah negara; ia juga melalui dua negara pulau, walaupun tanpa membuat bertemu daratan untuk kedua-duanya. Bermula di Meridian Perdana dan menuju ke arah timur, garis Khatulistiwa melalui:

Maklumat lanjut Koordinat, Negara, wilayah atau laut ...

Walaupun namanya tertera Khatulistiwa, tiada bahagian wilayah Guinea Khatulistiwa wilayah terletak di khatulistiwa. Walau bagaimanapun, pulaunya iaitu Annobón terletak 155 kilometer (96 bt) selatan Khatulistiwa, dan seluruh negara terletak di utara.

Ambil perhatian bahawa Singapura adalah berhampiran, tetapi tidak pada khatulistiwa (60 batu nautika).

Thumb
Bacaan GPS diambil di Khatulistiwa dekat dengan Quitsato Sundial, di Mitad del Mundo, Ecuador.[3]
Remove ads

"Menyeberangi Garisan"

Tradisi pelaut memerlukan semua kelasi yang menyeberangi khatulistiwa semasa pelayaran untuk menjalani upacara amal yang rumit. Upacara-upacara amal ini bertarikh dari Zaman Pertengahan, walaupun upacara-upacara terkini mungkin berasal daripada tradisi-tradisi Viking. Kelasi-kelasi yang tidak pernah "menyeberangi garisan" dipersendakan dan dirujuk sebagai "pollywog" atau "slimy wog" dalam bahasa Inggeris. Wog ialah slanga kesat yang digunakan oleh orang British untuk merujuk kepada orang-orang kulit berwarna dari Asia dan Afrika.

Ketika masuk ke alam Duli Yang Maha Mulia Neptunus Rex, semua kelasi yang tidak pernah menyeberangi khalistiwa perlu menjalani upacara pengesahan yang dilaksanakan oleh kelasi-kelasi yang pernah membuat perjalanan itu. Selepas upacara ini, kelasi-kelasi itu dikenali sebagai "trusty Shellback" (Cangkerang Setia). Jika penyeberangan khatulistiwa dibuat pada meridian ke-180, gelaran "Golden Shellback" (Cangkerang Emas) akan dianugerahkan untuk mengakui kemasukan serentak ke dalam alam Naga Emas (Golden Dragon). Selain itu, jika penyeberangan dibuat pada Greenwich atau Meridian Perdana, kelasi itu akan digelarkan "Emerald Shellback" (Cangkerang Zamrud).

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads