Garisan Sartan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Garisan Sartan[1] (Jawi: ݢاريسن سرطان) ialah garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke utara. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Jun di mana hemisfera utara Bumi paling condong ke arah Matahari.

Garisan Sartan letaknya 23° 26' di utara khatulistiwa; ia berlawanan sama jarak dari kutub dengan Garisan Jadi di sebelah selatan Bumi.
Remove ads
Penamaan
Nama "Sartan" dalam garisan ini itu datangnya daripada bahasa Arab السرطان al-sarṭān iaitu nama lain suatu buruj yang turut dikenali dengan nama "Ketam", "Karkata" (Sanskrit: कर्कट karkaṭa) atau nama bahasa Latinnya "Cancer";[2][3] ruang di langit yang menempatkan buruj Ketam juga kedudukan Matahari semasa solstis bulan Jun yang diperhatikan suatu ketika dahulu sekitar 2000 SM.[4]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads