From Wikipedia, the free encyclopedia
Goguryeo atau Koguryŏ (Hangul: 고구려; hanja: 高句麗) (37 SM – 668 M) merupakan salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea,[1][2][3][4] yang terletak di bahagian utara dan tengah Semenanjung Korea serta bahagian selatan dan tengah wilayah Manchuria. Kerajaan ini memainkan peranan yang aktif dalam pergelutan kuasa untuk mengawal kawasan semenanjung dan juga yang berkaitan dengan ketatanegaraan antara China (Dinasti Han) dan Jepun (Zaman Yamato).
Goguryeo (ݢوݢوريو) 고구려 (高句麗) | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
37 SM–668 M | |||||||||||
Ibu negara | Jolbon (37 SM – 3 M) Gungnae (3–427) Pyongyang (427–668) | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Goguryeo (sama ada bahasa Korea Lama atau andaian bahasa Buyeo) | ||||||||||
Agama | Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kepawangan | ||||||||||
Kerajaan | Beraja | ||||||||||
Raja | |||||||||||
• 37 – 19 M | Dongmyeong | ||||||||||
• 391 – 413 | Gwanggaeto yang Agung | ||||||||||
• 413 – 491 | Jangsu | ||||||||||
• 590 – 618 | Yeongyang | ||||||||||
Era Sejarah | Purba | ||||||||||
• Penubuhan | 37 SM | ||||||||||
• Pengenalan kepada agama Buddha | 372 | ||||||||||
• Kempen Gwanggaeto yang Agung | 391–413 | ||||||||||
• Perang Goguryeo-Sui | 598–614 | ||||||||||
• Perang Goguryeo-Tang | 645–668 | ||||||||||
• Kejatuhan Pyongyang | 668 M | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
• | 3,500,000 (ketika zaman kejatuhannya pada 668 M) | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Korea Utara Korea Selatan Republik Rakyat China Rusia |
Dalam catatan Samguk Sagi (삼국사기; 三國史記), menunjukkan bahawa Goguryeo diasaskan oleh putera Jumong, seorang putera dari Buyeo pada 37 SM, walaupun terdapat bukti arkeologi dan berteks daripada monograf geografi Cina yang mencadangkan Goguryeo mungkin telah wujud sejak abad ke-2 SM iaitu ketika zaman kejatuhan Gojoseon, kerajaan sebelum ini yang juga menduduki selatan Manchuria dan utara Korea.
Goguryeo ketika zaman pengembangan kuasanya adalah suatu wangsa utama di Asia Timur sebelum ia dikalahkan oleh perikatan Silla–Tang pada 668 M. Selepas kejatuhannya, wilayah Goguryeo dibahagikan kepada kepada kerajaan Silla Bersatu, Balhae dan Tang.
Menurut catatan Samguk Sagi dan Samguk Yusa, seorang putera dari Buyeo, bernama Jumong melarikan diri selepas berlaku perebutan kuasa dengan putera–putera lain dalam kerajaan Buyeo[5] dan mengasaskan kerajaan Goguryeo pada 37 SM di dalam kawasan yang dikenali sebagai Jolbon, di mana ia dianggap terletak di lembangan sungai T'ung-chia dan Yalu tengah, yang menindih sempadan di antara China–Korea Utara pada hari ini. Sesetengah sarjana percaya bahawa Goguryeo mungkin telah diasaskan pada abad ke-2 SM.[6] Di dalam monograf ilmu alam Han Shu, perkataan 'Goguryeo' (高句麗) pertama kali disebut pada 113 SM sebagai kawasan di bawah pemerintahan daerah Xuantu.[7] Dalam Buku Lama Tang (945 M), adalah direkodkan bahawa Maharaja Taizong merujuk sejarah Goguryeo berusia 900 tahun.
Pada 75 SM, sekumpulan puak Yemaek (puak proto Goguryeo), yang mungkin berasal dari Goguryeo membuat serangan ke atas daerah Xuantu di barat lembah sungai Amnok.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.