From Wikipedia, the free encyclopedia
Guardians of the Galaxy ialah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat 2014 berdasarkan pasukan adiwira Marvel Comics dengan nama yang sama, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan filem kesepuluh dalam Marvel Cinematic Universe. Filem ini diarahkan oleh James Gunn yang juga menulis skrip bersama Nicole Perlman. Ia menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Lee Pace, Michael Rooker, Karen Gillan, Djimon Hounsou, John C. Reilly, Glenn Close dan Benicio del Toro. Di dalam Guardians of the Galaxy, Peter Quill membentuk satu pasukan dengan sekumpulan makhluk angkasa yang melarikan diri selepas mencuri artifak yang berkuasa.
Guardians of the Galaxy | |
---|---|
Pengarah | James Gunn |
Penulis |
|
Berdasarkan | Guardians of the Galaxy oleh Dan Abnett Andy Lanning |
Dihasilkan oleh | Kevin Feige |
Dibintangi | |
Sinematografi | Ben Davis |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Tyler Bates |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $195.9 juta[2] |
Pecah panggung | $773.3 juta[3] |
Perlman mula bekerja untuk skrip pada tahun 2009. Penerbit, Kevin Feige mula menyebut kepada umum Guardians of the Galaxy sebagai filem berpotensi pada tahun 2010 dan Marvel Studios mengumumkan bahawa filem ini sedang aktif dibangunkan di Comic-Con Antarabangsa San Diego pada bulan Julai 2012. Gunn telah dilantik untuk menulis dan mengarah filem ini pada bulan September tahun itu. Pada bulan Februari 2013, Pratt telah dipilih untuk melakonkan watak Peter Quill/Star-Lord dan barisan pelakon sokongan kemudiannya disahkan. Fotografi utama bermula pada bulan Julai 2013 di Studio Shepperton, England dengan penggambaran diteruskan di London sebelum selesai pada bulan Oktober 2013. Pasca produksi diselesaikan pada 7 Julai 2014.
Guardians of the Galaxy dibuka di Hollywood pada 21 Julai 2014. Ia ditayangkan pada 1 Ogos 2014 di Amerika Syarikat dalam format 3D dan IMAX 3D. Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, mengutip $773.3 juta di seluruh dunia dan menjadi filem adiwira dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 serta filem dengan kutipan kedua tertinggi di Amerika Utara pada tahun 2014. Filem ini mendapat pujian untuk jenakanya, runut bunyi, kesan visual, arahan Gunn dan persembahan barisan pelakon. Sebuah sekuel bertajuk Guardians of the Galaxy Vol. 2 dijadual ditayangkan pada 5 Mei 2017. Filem ketiga, Guardians of the Galaxy Vol. 3, sedang dalam pembangunan.
Pada tahun 1988, selepas kematian ibunya, Peter Quill diculik dari bumi oleh Ravagers, sekumpulan lanun angkasa diketuai oleh Yondu Udonta. Dua puluh enam tahun kemudian di planet Morag, Quill mencuri sebuah orb sebelum dipintas oleh Korath, seorang yang tunduk kepada, Ronan. Walaupun Quill berjaya melarikan diri dengan orb tersebut, Yondu mengetahui pencurian itu dan menawarkan ganjaran untuk penangkapannya manakala Ronan menghantar pembunuh, Gamora untuk mencari orb itu.
Ketika Quill cuba untuk menjual orb itu kepada pusat Nova Empire, Xandar, Gamora menyerang hendap dan mencurinya. Satu pergaduhan berlaku, juga disertai sepasang pemburu ganjaran: seekor rakun yang diubahsuai secara genetik dan sibernatik, Rocket dan sebatang pokok seperti manusia, Groot. Nova Corps tiba dan menahan keempat-empat mereka dan memenjarakan mereka di Kyln. Semasa disana, seorang banduan yang kuat, Drax cuba untuk membunuh Gamora kerana mempunyai kaitan dengan Ronan, yang membunuh keluarganya. Quill meyakinkan Drax bahawa Gamora boleh membawa Ronan kepadanya. Gamora mendedahkan bahawa dia membelot kepada Ronan, tidak bersedia untuk membiarkan dia menggunakan kuasa orb untuk memusnahkan planet bermula dengan Xandar. Mempelajari bahawa Gamora mempunyai seorang pembeli untuk orb itu, dia, Quill, Rocket, Groot dan Drax bekerjasama untuk melarikan diri daripada Kyln.
Di tempat lain, Ronan bertemu dengan bapa angkatnya Gamora, Thanos untuk membincangkan pengkhianatan Gamora. Disertai oleh Drax, kumpulan Quill melepaskan diri dari Kyln dan melarikan diri menggunakan kapalnya – Milano – ke Knowhere. Drax yang mabuk memanggil Ronan manakala selebihnya berjumpa dengan Taneleer Tivan. Tivan membuka orb itu, mendedahkan sebuah Batu Infiniti, sebuah benda yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan semua kecuali pengguna berkuasa yang menggunakannya. Secara tiba-tiba, pembantu Tivan menyambar batu itu, menyebabkan satu letupan di arkib Tivan.
Ronan tiba dan dengan mudahnya mengalahkan Drax manakala yang lain melarikan diri menggunakan kapal, dikejar oleh pengikut Ronan dan Nebula. Nebula memusnahkan kapal Gamora, meninggalkan dia terapung di angkasa dan pengikut Ronan merampas orb. Quill menghubungi Yondu sebelum mengikuti Gamora di angkasa dan memberi helmetnya supaya dia hidup; Yondu tiba dan mendapatkan mereka. Rocket, Drax dan Groot mengancam untuk menyerang kapal Yondu untuk menyelamatkan mereka. Quill berunding dengan Yondu bahawa mereka boleh mendapatkan semula orb. Kumpulan Quill bersetuju bahawa berhadapan dengan Ronan bermakna mereka akan mati tetapi mereka tidak boleh membiarkannya menggunakan Batu Infiniti untuk memusnahkan galaksi. Di kapal Ronan, Dark Aster, Ronan membenamkan Batu itu di tukul perangnya, mengambil kuasa itu untuk dirinya sendiri. Dia menghubungi Thanos, mengancam untuk membunuhnya selepas kemusnahan Xandar; kerana kebencian terhadap bapa angkatnya, Nebula bersekutu dengan Ronan.
Berdekatan Xandar, Ravagers, Nova Corps dan kumpulan Quill berhadapan dan memasuki Dark Aster. Ronan menggunakan tukul perangnya untuk memusnahkan kapal Nova Corps. Di dalam Dark Aster, selepas Gamora mengalahkan Nebula (yang melarikan diri), dia membuka pintu bilik Ronan tetapi gagal untuk mengalahkan Ronan sebelum Rocket melanggar Milano menembusi Dark Aster. Dark Aster yang rosak itu terjatuh ke Xandar dengan Groot mengorbankan dirinya untuk melindungi kumpulan. Ronan muncul dari bangkal kapal dan bersedia untuk memusnahkan Xandar tetapi Quill mengalihkan perhatiannya membolehkan Drax dan Rocket untuk memusnahkan tukul perang Ronan. Quill menyambar batu itu bersama Gamora, Drax dan Rocket dan menggunakannya untuk memusnahkan Ronan.
Selepas itu, Quill menipu Yondu untuk mengambil bekas yang sepatutnya mengandungi batu tersebut dan memberi batu sebenar kepada Nova Corps. Ketika Ravagers meninggalkan Xandar, Yondu membuat kenyataan bahawa bahawa ia ternyata baik mereka tidak menyampaikan Quill kepada bapanya atas kontrak mereka. Kumpulan Quill, sekarang dikenali sebagai Guardians of the Galaxy, mempunyai rekod jenayah mereka dihapuskan dan Quill mendapat tahu bahawa dia adalah hanya separuh manusia, bapanya adalah sebahagian daripada spesies purba yang tidak diketahui. Quill akhirnya membuka hadiah terakhir yang diterima daripada ibunya: sebuah pita kaset dipenuhi dengan lagu-lagu kegemaran ibunya. Guardians meninggalkan tempat itu dengan menaiki Milano yang dibina semula bersama anak pokok daripada Groot.
Dalam babak selepas kredit, Tivan duduk di arkibnya yang musnah bersama dua bahan pamerannya yang hidup: seekor anjing angkasawan dan seekor itik antropomorfik.
Josh Brolin muncul tidak dikredit sebagai Thanos.[4][5][6] Sean Gunn melakonkan watak Kraglin.[7] Alexis Denisof menyambung wataknya sebagai "The Other" dari The Avengers.[8] Ophelia Lovibond melakonkan watak Carina,[9][10] Peter Serafinowicz melakonkan watak Denarian Garthan Saal,[11][12] Gregg Henry melakonkan watak datuk Quill,[13][14] Laura Haddock melakonkan watak ibu Quill, Meredith,[12][15] Melia Kreiling melakonkan watak Bereet;[16] Christopher Fairbank melakonkan watak The Broker,[17] Mikaela Hoover melakonkan watak pembantu Nova Prime,[18] Marama Corlett melakonkan watak The Boot,[19] Emmett J. Scanlan melakonkan watak seorang pengawal rusuhan Nova,[20][21] Alexis Rodney melakonkan watak Moloka Dar,[22][23] Tom Proctor melakonkan watak Horuz,[24] dan Spencer Wilding melakonkan watak seorang penjaga penjara yang merampas Walkman Quill.[22][25] Pelakon anjing, Fred muncul sebagai Cosmo.[26] Stephen Blackehart mempunyai peranan sokongan.[27] Naomi Ryan juga mempunyai peranan sokongan dalam filem ini tetapi dipotong dalam versi akhir.[19] Kameo di dalam filem termasuk: James Gunn sebagai seorang Sakaaran;[26] Stan Lee sebagai seorang Lelaki wanita Xandarian;[26][28] Lloyd Kaufman sebagai seorang banduan;[29][30] Nathan Fillion menyuarakan watak seorang banduan;[26][31] Rob Zombie sebagai suara Navigator Ravager,[26] Tyler Bates sebagai seorang juruterbang Ravager[14] dan Seth Green sebagai suara Howard the Duck.[32]
Presiden Marvel Studios, Kevin Feige pertama kali menyebut Guardians of the Galaxy sebagai sebuah filem berpotensi di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2010.[33]Feige mengumumkan bahawa filem ini sedang aktif dibangunkan di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2012 dengan tarikh tayangan pada Ogos 1, 2014. Beliau menyatakan bahawa pasukan filem ini akan terdiri daripada Star-Lord, Drax the Destroyer, Gamora, Groot dan Rocket Raccoon.[34] Pada bulan Ogos 2012, Gunn memasuki perbincangan untuk mengarah filem ini, mengalahkan calon-calon lain termasuk Peyton Reed serta duo Ryan Fleck dan Anna Boden.[35]
Pada bulan September 2012, Gunn mengesahkan bahawa beliau telah menandatangani untuk mengarah filem ini dan menulis semula skrip.[36] Menjelang akhir bulan November, Joel Edgerton, Jack Huston, Jim Sturgess dan Eddie Redmayne menandatangani perjanjian untuk menjalani ujian untuk watak Peter Quill, termasuk juga Lee Pace,[37] yang disahkan oleh beliau seminggu kemudian pada awal bulan Disember.[38] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Zachary Levi,[39] Joseph Gordon-Levitt,[40] dan Michael Rosenbaum.[41] Chris Pratt telah dipilih untuk watak ini pada bulan Februari 2013 sebagai sebahagian daripada perjanjian filem-filem yang ditandatangani oleh beliau bersama Marvel.[42][43]
Pada bulan Januari 2013, penggambaran dijadual mengambil tempat di Studio Shepperton, London, United Kingdom,[44] dan Marvel Studios mengumumkan bahawa filem ini akan ditayang dalam format 3D.[45] Victoria Alonso, seorang penerbit eksekutif filem ini berkata penggambaran akan bermula pada bulan Jun. Pada pertengahan bulan Mac, Dave Bautista telah ditandatangani untuk melakonkan watak Drax the Destroyer.[46] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Isaiah Mustafa, Brian Patrick Wade dan Jason Momoa.[46]
Pada awal bulan April 2013, Zoe Saldana memasuki rundingan untuk membintangi sebagai Gamora dalam filem ini dan ia telah disahkan bahawa beliau telah dipilih pada bulan yang sama.[9][47] Juga pada bulan April, Michael Rooker menyertai barisan pelakon sebagai Yondu,[48] dan ia telah diumumkan bahawa Ophelia Lovibond telah dipilih sebagai peranan sokongan.[9] Lee Pace berada dalam rundingan terakhir untuk melakonkan watak penjahat filem ini.[49] Pada bulan Mei, Marvel menawarkan John C. Reilly watak Rhomann Dey.[50] Beberapa hari kemudian, Glenn Close telah dipilih untuk watak ketua Nova Corps[51] disusuli dengan pemilihan Karen Gillan sebagai penjahat wanita utama dalam filem ini.[52] Menjelang bulan Jun 2013, Benicio del Toro telah dipilih sebagai sebahagian daripada perjanjian filem-filem bersama Marvel Studios.[53] Kemudiannya pada bulan itu, ia telah disahkan bahawa Reilly telah dipilih sebagai Rhomann Dey.[54]
Fotografi utama bermula sekitar Julai 6, 2013 di London, United Kingdom,[55] di bawah tajuk Full Tilt.[56] Penggambaran mengambil tempat di Studio Shepperton Studio Longcross.[44][57] Kemudiannya pada bulan Julai, Gunn dan barisan pelakon terbang dari London untuk menghadiri Comic-Con Antarabangsa San Diego dimana ia didedahkan bahawa Pace akan melakonkan watak Ronan the Accuser, Gillan sebagai Nebula, del Toro sebagai The Collector dan Djimon Hounsou telah dipilih untuk watak Korath.[55][58] Close kemudian didedahkan akan melakonkan watak Nova Prime Irani Rael.[59][58] Juga di Comic-Con San Diego, Feige menyatakan bahawa Thanos akan menjadi sebahagian daripada filem ini.[60] Pada Ogos 11, 2013, penggambaran bermula di Millennium Bridge.[61] Pada bulan Ogos 2013, Marvel mengumumkan bahawa Bradley Cooper akan menyuarakan watak Rocket Raccoon.[62] Pada bulan September, Vin Diesel menyatakan bahawa beliau akan menyuarakan watak Groot.[63] Pada Oktober 12, 2013, Gunn mengumumkan di media sosial bahawa penggambaran telah selesai.[64]
Pada bulan Ogos 2013, Gunn mendedahkan bahawa Tyler Bates akan mencipta skor filem ini. Tiga album dikeluarkan oleh Hollywood Records pada 29 Julai 2014: Skor filem, Guardians of the Galaxy (Original Score), yang menampilkan muzik yang dicipta oleh Bates untuk filem ini;[65] Guardians of the Galaxy: Awesome Mix Vol. 1 (Original Motion Picture Soundtrack), yang terdiri daripada dua belas lagu dari mixtape Quill dan edisi deluxe menampilkan kedua-dua album.[66]
Tayangan perdana Guardians of the Galaxy diadakan pada 21 Julai 2014 di Teater Dolby, Hollywood.[67][68] Filem ini ditayangkan di United Kingdom pada 31 Julai 2014,[69] dan di Amerika Syarikat pada 1 Ogos[34] dalam format 3D dan IMAX 3D.[45][70] Filem ini ditayangkan di 4,080 teater di Amerika Syarikat menjadikan ia tayangan bulan Ogos paling meluas, memecahkan rekod yang dipegang oleh G.I. Joe: The Rise of Cobra (4,007 teater). Pada minggu keenam, Guardians of the Galaxy ditayangkan di 69 negara.[71]
Guardians of the Galaxy mengutip $333.2 juta di Amerika Utara dan anggaran $441 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $773.3 juta.[3] ia merupakan filem Marvel Cinematic Universe dengan kutipan ketiga tertinggi di belakang The Avengers dan Iron Man 3.[72] Ia merupakan filem dengan kutipan ketiga tertinggi pada tahun 2014 (di belakang Transformers: Age of Extinction dan The Hobbit: The Battle of the Five Armies) dan filem adiwira dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014.[2][73] Filem ini mengutip $160.7 juta di seluruh dunia semasa hujung minggu pembukaan.[74] Menurut Deadline.com, filem ini membuat keuntungan sebanyak $204.2 juta.[75]
Guardians of the Galaxy ditayangkan di 42 pasaran antarabangsa dan mengutip $67.4 juta semasa minggu pembukaan. Tiga pasaran antarabangsa terbersar dari segi jumlah kutipan keseluruhan adalah: China ($96.5 juta); United Kingdom ($47.4 juta) dan Rusia ($37.5 juta).[76]
Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 91% dengan purata rating 7.8/10 berdasarkan 273 ulasan. Metacritic memberi filem ini skor 76 daripada 100 berdasarkan 46 pengkritik.[77] Penonton CinemaScore memberi Guardians of the Galaxy gred "A" daripada skala A+ ke F.[78]
Guardians of the Galaxy menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk dua pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik serta Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik. Filem ini juga dicalonkan untuk dua Anugerah BAFTA, lima Anugerah Critics' Choice (menang dua), tiga Anugerah People's Choice dan sembilan Anugerah Zuhal (menang empat).
Pada bulan Julai 2014, penulis skrip, Nicole Perlman mengesahkan sebuah sekuel, berkata ia akan berlaku kerana mendapat respons positif dan mengesahkan bahawa Gunn akan menulis dan mengarah.[79][80] Di Comic-Con San Diego 2014, sebuah sekuel telah disahkan sedang dibangunkan dengan tarikh tayangan pada 28 Julai 2017.[81] Pada 28 Oktober 2014, Marvel mengumumkan bahawa tarikh tayangan telah dipindahkan ke 5 Mei 2017.[82][83] Pada bulan Jun 2015, Gunn mendedahkan bahawa beliau telah menyelesaikan draf skrip[84] serta mengesahkan Pratt, Saldana, Bautista, Diesel, Cooper, Rooker, Gillan dan Sean Gunn akan kembali sebagai peranan mereka dari filem pertama[85] dan tajuk sekuel sebagai Guardians of the Galaxy Vol. 2.[86] Pada bulan Oktober 2015, del Toro telah disahkan akan kembali dan Pom Klementieff telah dipilih untuk watak Mantis.[87]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.