Jason Momoa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Joseph Jason Namakaeha Momoa[1] [jéi-sĕn na-ma-ka-é-ha mo-mo-a] (lahir 1 Ogos 1979)[1] ialah seorang pelakon dan model dari Amerika Syarikat.
Remove ads
Biografi
Awal hidup
Momoa lahir pada 1979 di Nānākuli, Honolulu, Hawaii;[2] beliau anak tunggal Coni (Lemke) hasil perkahwinan seorang jurugambar kacukan Jerman, Ireland dan peribumi Amerika[2] dengan Joseph Momoa, seorang pelukis[1] keturunan peribumi Hawaii.[3][2][4] Beliau dibesarkan ibunya di Norwalk, Iowa.[2]
Semasa beliau melanjutkan pengajian tinggi, beliau mula-mula mendalami bidang biologi marin sebelum beralih ke bidang biologi hidupan liar (wildlife biology).[5] Beliau memasuki bidang keperagawanan pada tahun 1998 atas pujukan seberapa pelanggannya.[6] Beliau turut bekerja separuh masa di sebuah kedai menjual peralatan sukan luncur air sebelum muncul dalam siri aksi Baywatch Hawaii dari 1999 hingga 2001.[7][8]
Kerjaya lakonan awal
Selain penampilannya di North Shore (2004-2005), Johnson Family Vacation (2004), dan Stargate: Atlantis (2005-2009), Momoa memainkan peran sebagai Roman dalam empat episode serial drama-komedi The Game (2009). Dia memerankan pemeran utama protagonis Conan the Barbarian (2011), bikinan semyka filem judul sama tahun 1982 lakonan Arnold Schwarzenegger. Momoa memperoleh perannya sebagai Khal Drogo di Game of Thrones untuk stesen HBO melalui ujibakat di mana beliau menampilkan tarian perang haka,[9]
Setelah syuting Stargate Atlantis musim 4 berakhir, Momoa memotong rambut gimbalnya yang menurutnya menyakitkan kepalanya. Program tersebut setuju dengan keputusannya dan merencankan adegan filem di mana Ronon memotong rambutnya untuk episod musim 5 "Broken Ties", tapi perubahan itu akhirnya ditolak oleh jaringan Sci Fi. Pada hari pertama syuting untuk Season 5, rambut gimbalnya digunakan kembali, tapi prosesnya terlalu berat. Momoa beralih menggunakan rambut palsu yang dikirimkan dua minggu kemudian.[10][11] Ketika Momoa pertama kali memerankan peranan tersebut, produser telah memintanya untuk memotong rambut gimbalnya, tapi rambut itu kemudian menjadi ciri khas dari karakternya, sehingga dia diperbolehkan untuk tetap memilikinya
Dia menyutradarai dan menulis Road to Paloma (2014), filem drama thriller Amerika, bersama-sama penulis Jonathan Hirschbein dan Robert Homer Mollohan serta turut dibintangi Sarah Shahi, Lisa Bonet, Michael Raymond-James dan Wes Studi;[12] filem tersebut diluncurkan di Festival Filem Sarasota pada bulan April 2014.[13] sebelum mendapat tayangan terhad pada 15 Julai tahun sama di New York City dan Los Angeles dan rilisan VOD.[14]
Kemasyhuran - dalam Aquaman
Pada bulan Mac 2014, Momoa bergabung dengan komedi/thriller indie gelap Sugar Mountain bersama Cary Elwes dan Haley Webb; pemotretannya dilakukan di Alaska.[15][16] Pada bulan Juni tahun sama, bahwa Momoa dilaporkan memasuki filem Batman v Superman: Dawn of Justice memegang watak Aquaman.[17][18][19] yang disahkan pada bulan Oktober tahun sama. Lakonannya kemudian dilanjutkan dalam filem memaparkan watak itu sendiri pada tahun 2018.[20][21][22] Dia juga memerankan peran Connor di filem aksi horor Kanada Wolves.[23]
Momoa membintangi filem cereka sains seram 2014, Debug; yang ditulis dan disutradarai oleh mantan co-star Momoa di Stargate Atlantis, aktor keturunan Inggris berkebangsaan Kanada David Hewlett. Pada Februari 2015, diumumkan bahawa beliau akan memerankan watak seorang kanibal[24] dalam filem drama thriller The Bad Batch.[25][26] Dia akan membintangi sebuah filem aksi berjudul Braven.[27]
Remove ads
Filemografi
Filem
Television
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads