![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b5/Bundesarchiv_Bild_146-1973-139-14%252C_G%25C3%25BCnther_v._Kluge.jpg/640px-Bundesarchiv_Bild_146-1973-139-14%252C_G%25C3%25BCnther_v._Kluge.jpg&w=640&q=50)
Günther von Kluge
From Wikipedia, the free encyclopedia
Günther Adolf Ferdinand "Hans" von Kluge (30 Oktober 1882 - 17 Ogos 1944) ialah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beliau dilahirkan ke dalam sebuah keluarga tentera Prusia di Posen (sekarang Poznan, Poland) pada tahun 1882, Kluge menjadi seorang pegawai staf am dengan pangkat kapten pada tahun 1916 semasa Pertempuran Verdun. Beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-7 dalam senioriti Tentera Darat Jerman. Generalleutnant Wolfgang von Kluge merupakan adik bongsunya, dan seorang lagi pegawai Jerman, Oberstleutnant Karl Ernst Rahtgens, pula ialah anak saudaranya.
Fil Marsyal Hans Günther von Kluge | |
---|---|
![]() Generalfeldmarshall Günther von Kluge | |
Nama lahir | Günther Adolf Ferdinand Kluge |
Nama samaran | der kluge Hans ("Si Pintar Hans") |
Kelahiran | (1882-10-30)30 Oktober 1882 Posen, Provinsi Posen, Empayar Jerman (Sekarang di Poland) |
Meninggal dunia | 17 Ogos 1944(1944-08-17) (umur 61) Metz, Perancis |
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1901–1944 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Artileri Reichswehr 1916–1930 Wehrmacht 1930–1944 |
Arahan | Tentera Darat Ke-4 Kumpulan Tentera Darat Tengah Angkatan Tentera Barat |
Pertempuran | Perang Dunia Pertama
|
Anugerah | Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Hubungan | Wolfgang von Kluge (adik) Karl Ernst Rahtgens (anak saudara) |
Kluge terlibat dalam kempen peperangan di barisan Barat dan Timur, dan telah dianugerahi Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak dan Pedang (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwerten). Walaupun Kluge bukanlah seorang konspirator yang aktif dalam percubaan membunuh Adolf Hitler, anak buahnya turut serta, dan Kluge sendiri sebelum ini terlibat dengan penentangan tentera Jerman. Beliau membunuh diri pada 17 Ogos 1944, selepas digantikan selaku Panglima Tertinggi Barat (Oberbefehlshaber West) oleh Walter Model dan dipanggil pulang ke Berlin untuk bermesyuarat dengan Hitler selepas rampasan kuasa yang gagal.