From Wikipedia, the free encyclopedia
Upacara Fil Marsyal 1940 merujuk kepada satu majlis pemakaian pangkat yang berlangsung di Balai Opera Kroll, Berlin di mana Adolf Hitler menaikkan dua belas orang Jeneral ke pangkat Generalfeldmarschall ("Fil Marsyal") pada 19 Julai 1940. Ia adalah upacara pertama dalam Perang Dunia II apabila Hitler melantik para field marshal disebabkan pencapaian tenteranya.
Pangkat berprestij field marshal ini telahpun diharamkan selepas Perang Dunia I. Sebagai sebahagian daripada pembesaran tentera Nazi, pangkat ini telah dihidupkan semula. Hitler menaikkan pangkat dua belas orang jeneral terpilih ke field marshal semasa majlis tersebut di Berlin kerana peranan mereka didalam kemenangan pantas ke atas Perancis dan Negeri-Negeri Pamah dan untuk menaikkan semangat. Majlis ini menunjukkan kuasa dan prestij Wehrmacht; Perancis dianggap mempunyai tentera darat terkuat di Eropah, namun telah dimalukan dengan kekalahan dalam masa hanya 6 minggu.
Majlis tersebut merupakan kali pertama Hitler melantik field marshal disebabkan pencapaian tentera dan telah diraikan secara besar-besaran.
Selepas Perang Dunia I, pangkat fil marsyal yang berprestij dan dihormati ini telah diharamkan, disamping sekatan tentera lain yang dikenakan ke atas Republik Weimar yang baru ditubuhkan. Selepas Hitler dan Nazi berkuasa pada Januari 1933, mereka memulakan satu program pembesaran tentera; ia adalah sebahagian daripada hasrat Hitler untuk mengembalikan kuasa dan prestij bala tenteranya.[1] Pada tahun 1936, beliau mengembalikan semula pangkat field marshal. Ia merupakan pangkat tentera tertinggi dan paling berprestij di Jerman, pada asalnya hanya untuk penggunaan Menteri Perang dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.[2] Sifat tradisional yang membezakan field marshal Jerman adalah baton yang penuh dengan hiasan.[3] Kelebihan lain yang menguntungkan termasuklah gaji tahunan sebanyak 36,000 Reichsmarks dan semua pendapatan dikecualikan dari cukai.[4]
Gembira dengan penuh semangat oleh kekalahan pantas tentera Perancis, yang dianggap terkuat di Eropah,[5] dan Negara-negara Pamah pada Jun 1940, Hitler mahu menandakan upacara itu dengan satu majlis pemakaian pangkat besar-besaran.[6] Beliau juga berharap kenaikkan pangkat itu akan mengukuhkan pengaruhnya ke atas Staf Am Jerman.[7] Dua belas orang jeneral yang dipilih untuk kenaikkan pangkat, kesemuanya memainkan peranan penting dalam kemenangan, ialah:
Selain itu, Field Marshal Hermann Göring, ketua Luftwaffe, telah dinaikkan ke pangkat khas Marsyal Empayar, pangkat baru yang diwujudkan untuk menjadikan Göring pegawai paling kanan dalam Angkatan Tentera Jerman dan juga mengesahkan perintah Hitler yang menamakan Göring sebagai penggantinya. Ini adalah satu-satunya pangkat yang dikurniakan semasa era Nazi, dan dimansuhkan selepas kejatuhan rejim Nazi. [20] [21]
Pada 19 Julai 1940, Hitler memanggil para jeneral ke satu majlis di Balai Opera Kroll Berlin (yang menempatkan Reichstag selepas Reichstag terbakar).[22][23][6] Selepas satu ucapan mengenai cadangan perdamaian yang ditujukan pada Britain, Hitler sendiri menganugerahkan jeneralnya dengan baton yang dihias mahal,[22][3] dan berterima kasih kepada sumbangan mereka di atas kemenangan besar ini.[24][25][lower-alpha 1]
Majlis Field Marshal 1940 merupakan upacara pertama Hitler melantik field marshal atas pencapaian tentera dan telah diraikan secara besar-besaran di Jerman.[6][26] Baki lima tahun peperangan menyaksikan pertambahan dua belas kenaikkan pangkat, kebanyakkannya tanpa majlis seumpama ini, seperti kenaikkan pangkat Friedrich Paulus, yang telah dianugerahkan melalui radio oleh Hitler.[27][8][lower-alpha 2]
Kesemua fil marsyal terus menerus mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka semasa tahun-tahun awal kemenangan yang diperolehi tentera Jerman didalam Perang Dunia Kedua. Brauchitsch, Bock, Kesselring, Keitel, Leeb, List, Reichenau, Rundstedt, dan Göring akan memainkan peranan penting didalam pencerobohan tentera Paksi ke atas Soviet Union pimpinan Jerman pada tahun 1941.[28] Sperrle menghabiskan keseluruhan perang dengan sebahagian persaraan, ditempatkan bersama unitnya di Perancis.[19] Milch telah dipindahkan ke jabatan pengeluaran dan bertanggungjawab bagi pengeluaran kapal terbang sehingga pengakhiran perang. Pada tahun 1943, selepas satu siri kekalahan Jerman di Barisan Timur, dan pencerobohan tentera Bersekutu di Itali, pihak tentera Jerman kehilangan semua inisiatif.[5] Kepimpinan Hitler semakin terputus daripada realiti apabila perang berpaling menentang Jerman, dengan strategi pertahanan tentera kerap terhalang oleh keputusan yang lambat dan kekerapan arahan untuk mempertahankan posisi yang sia-sia.[5] Tindakannya terhadap situasi perang yang semakin buruk ialah memecat secara membuta tuli seorang demi seorang jeneral, satu rutin yang akhirnya memberi kesan kepada field marshal yang dilantik pada majlis tersebut.[5] Erwin von Witzleben dan Günther von Kluge kedua-duanya terlibat didalam Plot 20 Julai untuk membunuh Hitler. Selepas percubaan itu jelas gagal, Kluge membunuh diri dengan menelan racun sianida pada 17 Ogos 1944.[14] Witzleben, yang menjadi Panglima Tertinggi Wehrmacht jika percubaan itu berjaya, telah ditangkap dan dihukum mati; hukuman mati telah dijalankan pada 8 Ogos 1944.[29]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.