From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung Malaysia yang terletak di Kelantan Darul Naim dan sebagainya menjadi sempadan negeri di Perak Darul Ridzuan. Mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki), Yong Belar adalah gunung tertinggi di Kelantan, kedua tertinggi di Banjaran Titiwangsa dan ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan salah satu gunung dalam senarai tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7,000 kaki) dari aras laut, atau dikenali sebagai G7 dalam kalangan pendaki-pendaki tempatan.
Gunung Yong Belar ڬونوڠ يوڠ بلر | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,181 m (7,156 ka) |
Tonjolan | 1,991 meter (6,532 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Jajahan Kecil Lojing, Kelantan Daerah Kinta, Perak |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Gunung ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.[1]
Pendaki boleh bermalam di Kem Tudung Periuk sebelum mendaki ke puncak gunung ini.
Gunung Yong Belar sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba%5B%5D. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.