Hadiah Sakharov
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir, atau lebih dikenali sebagai Hadiah Sakharov, menghargai individu dan kumpulan orang yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan berfikir.[2] Dinamakan semperna nama seorang saintis dan pembangkang Rusia, Andrei Sakharov, hadiah ini diperkenalkan pada Disember 1988 oleh Parlimen Eropah.[2] Satu senarai pendek pencalonan dikeluarkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Jawatankuasa Pembangunan, dengan pemenang diumumkan pada bulan Oktober.[1] Hadiah turut disertakan dengan wang tunai sebanyak €50,000.[1] Hadiah pertama diberikan kepada Nelson Mandela (Afrika Selatan) dan dari Rusia Anatoly Marchenko. Pada tahun 1990 pula, hadiah diberikan kepada Aung San Suu Kyi, namun beliau hanya dapat menerima hadiah tersebut pada tahun 2013 akibat pemeranjaan beliau di Burma.[3] Selain individu, hadiah turut pernah diberikan kepada organisasi dan Mothers of the Plaza de Mayo dari Argentina telah memenangi pada tahun 1992. Tiga orang penerima Sakharov turut menerima Hadiah Keamanan Nobel iaitu Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, dan Malala Yousafzai.[4] Razan Zaitouneh yang menerima hadiah ini pada tahun 2011 telah diculik pada tahun 2013 dan masih belum ditemui.[5]
Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir | |
---|---|
Negara | Kesatuan Eropah, Perancis |
Disampaikan oleh | Parlimen Eropah |
Ganjaran | €50,000[1] |
Anugerah pertama | 1988 |
Kini dipegang oleh | Oleg Sentsov |
Laman web rasmi | Official website |
Pada tahun 2017, Hadiah Sakharov diberikan kepada Pembangkang Demokratik di Venezuela. Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani menyatakan hadiah ini mengesahkan sokongan Kesatuan Eropah yang "tidak berbelah bahagi kepada perhimpunan kebangsaan Venezuela yang dipilih secara demokratik" akan menyeru "peralihan damai kepada demokrasi yang rakyat Venezuela mahukan."[6] Hadiah itu dilihat sebagai memberi ganjaran kepada "keberanian aktivis pelajar dan penunjuk perasaan dalam menghadapi penindasan oleh kerajaan Nicolas Maduro".[7]