From Wikipedia, the free encyclopedia
Acara hoki padang di Olimpik Beijing 2008 akan berlangsung dalam tempoh empat belas hari bermula pada 10 Ogos, dan tamat dengan perlawanan akhir yang menawarkan pingat pada 23 Ogos. Semua perlawanan akan dilangsungkan di padang hoki yang dibina dalam Padang Olimpik Hoki.
Acara berikut akan menawarkan pingat:
Dua belas pasukan akan bersaing dalam kejohanan hoki lelaki dan wanita Olimpik, dan pertandingan ini terdiri daripada dua pusingan. Dalam pusingan pertama pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dan bermain mengikut format pusingan robin di mana setiap pasukan bermain dengan semua pasukan lain dalam kumpulan sekali. Selepas itu, empat pasukan teratas mara ke pusingan penyingkiran yang terdiri daripada dua perlawanan separuh akhir, dan perlawanan pingat emas dan gangsa.
Dua belas pasukan dalam pertandingan hoki Olimpik ini dipilih dari beberapa pertandingan. China, sebagai tuan rumah, dijamin satu tempat. Lima kejohanan benua digunakan untuk menentukan 8 pasukan lain (9 jika China merupakan johan benua Asia). Akhir sekali, tiga pertandingan kelayakan diadakan untuk memilih tiga lagi pasukan.
Tarikh | Acara | Lokasi | Layak |
---|---|---|---|
Tuan rumah | China | ||
2–14 Disember 2006 | Sukan Asia 2006 | Doha, Qatar | Korea Selatan Pakistan |
14–22 Julai 2007 | Kelayakan Olimpik Afrika 2007 | Nairobi, Kenya | Afrika Selatan |
14–29 Julai 2007 | Sukan Pan Amerika 2007 | Rio de Janeiro, Brazil | Kanada |
18–25 Ogos 2007 | Kejuaraan Negara EuroHockey 2007 | Manchester, England | Belanda Sepanyol Belgium |
11–17 September 2007 | Piala Oceania 2007 | Buderim, Australia | Australia |
2–10 Februari 2008 | Kejohanan Kelayakan Olimpik #1 | Auckland, New Zealand | New Zealand |
1–9 Mac 2008 | Kejohanan Kelayakan Olimpik #2 | Santiago, Chile | Great Britain |
5–13 April 2008 | Kejohanan Kelayakan Olimpik #3 | Kakamigahara, Jepun | Jerman |
Tarikh | Acara | Lokasi | Layak |
---|---|---|---|
Tuan rumah | China | ||
2–14 Disember 2006 | Sukan Asia 2006 | Doha, Qatar | Jepun |
14–22 Julai 2007 | Kelayakan Olimpik Afrika 2007 | Nairobi, Kenya | Afrika Selatan |
14–29 Julai 2007 | Sukan Pan American 2007 | Rio de Janeiro, Brazil | Argentina |
18–25 Ogos 2007 | Kejuaraan Negara EuroHockey 2007 | Manchester, England | Jerman Belanda Great Britain |
10–17 September 2007 | Piala Oceania 2007 | Buderim, Australia | New Zealand Australia |
12–20 April 2008 | Kejohanan Kelayakan Olimpik #1 | Baku, Azerbaijan | Sepanyol |
19–27 April 2008 | Kejohanan Kelayakan Olimpik #2 | Kazan, Rusia | Amerika Syarikat |
26 April–4 Mei 2008 | Kejohanan Kelayakan Olimpik #3 | Victoria, Kanada | Korea Selatan |
Undian kumpulan telah dikeluarkan pada 18 April 2008 dan berdasarkan kepada ranking dunia.[1]
|
|
Emas |
| |
Perak |
| |
Gangsa |
|
Undian kumpulan telah dikeluarkan pada 5 Mei 2008 dan berdasarkan kepada ranking dunia.[2]
|
|
Emas |
| |
Perak |
| |
Gangsa |
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.