From Wikipedia, the free encyclopedia
Jambatan Teluk Jiaozhou merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di dunia yang terletak di wilayah Shandong di timur China. Ia merentasi Teluk Jiaozhou, menghubungkan Daerah Huangdao, bandaraya Qingdao dan Pulau Hongdao (jambatan ini ada 3 titik keluar masuk, rujuk peta dalam petikan).[1] Dibuka pada 30 Jun 2011, ia mengurangkan jarak perjalanan antara Qingdao dan Huangdao.[2][3] Panjangnya 42.5 kilometer (26.4 bt)*, maka Guinness World Records mengiktirafnya sebagai jambatan terpanjang di atas perairan di dunia pada Julai 2011.[2][3][4][5] Jambatan ini dan Terowong Qing-Huang dirancang dan dibina bersama sebagai Projek Perhubungan Teluk Jiaozhou.[6]
Jambatan Teluk Jiaozhou | |
---|---|
Koordinat | 36.169913°N 120.298305°E |
Membawa | Kenderaan bermotor |
Menyeberangi | Teluk Jiaozhou |
Lokasi | antara Qingdao dan Daerah Huangdao, Wilayah Shandong, China |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Jambatan tambatan kabel |
Bahan | Konkrit prategasan |
Panjang keseluruhan | 41.58 kilometer (25.84 bt) |
Sejarah | |
Pereka bentuk | Shandong Gaosu Group |
Siap dibina | awal 2011 |
Dibuka | 30 Jun 2011 |
Perangkaan | |
Lalu lintas harian | kira-kira 30,000 |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Teluk Jiaozhou | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 胶州湾跨海大桥 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 膠州灣跨海大橋 | ||||||
Maksud harfiah | Jambatan Teluk Jiaozhou | ||||||
|
Jambatan ini memakan masa empat tahun dan tenaga kerja 10,000 orang untuk dibina.[2] 450,000 tan keluli dan 2.3 juta meter padu konkrit digunakan dalam pembinaan jambatan ini yang direka bentuk oleh Shandong Gaosu Group.[2] Ia direka supaya mampu menahan bencana yang kuat seperti gempa bumi, ribut taufan dan pelanggaran kapal.[2] Jambatan ini disokong oleh lebih 5,000 batang tiang, berlebar 35 meter (115 ka)*, merangkumi enam lorong dan dua bahu jalan, dan menelan perbelanjaan 10 bilion yuan (AS$1.5 billion/RM 4.7 bilion).
Pada hari yang sama jambatan dibuka, Terowong Qing-Huang turut dibuka kepada awam.[1] Ia juga merentasi Teluk Jiaozhou, juga mengubungkan Daerah Huangdao dan bandaraya Qingdao, di antara muara yang sempit dalam teluk yang seluas 6.17 kilometer (3.83 bt)*. Terowong itu panjangnya 9.47 kilometer (5.88 bt)*.[1]
Pada masa pembukaannya, timbulnya pertikaian di Amerika Syarikat terhadap gelaran "jambatan terpanjang di atas perairan".[7] Pemegang rekod asal, iaitu Tambak Tasik Pontchartrain di Louisiana selatan, tidak setuju dengan Guinness dan masih menganggap dirinya sebagai yang terpanjang.[7] Tuntutan ini dibuat dengan menakrifkan gelaran mengikut tafsiran sendiri, iaitu berapa panjang jambatan yang betul-betul berada di atas perairan, dengan hujah bahawa Jambatan Teluk Jiaozhou berada di atas air selama 25.5 kilometer (15.8 bt)* padahal Tambak Tasik Pontchartrain menyeberangi perairan selama 38 kilometer (24 bt)*.[7] Bagaimanapun, angka 25.5 kilometer (15.8 bt)* itu dibuat oleh seorang wakil Tambak Tasik Pontchartrain[7] dan kaedah yang digunakan untuk mendapat angka itu tidak dinyatakan;[7] misalnya, Jambatan Teluk Jiaozhou merupakan struktur kompleks dengan beberapa tanjakan yang menganjur secara bebas (sebagai jambatan berasingan) untuk jarak jauh di atas perairan terbuka, dan lengkung-lengkung jambatan yang menambahkan jaraknya - tidak diketahui sama ada ini diambil kira dalam angka 25.5km Pontchartrain itu.[7]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jambatan Teluk Jiaozhou |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.