KRU
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Kumpulan Rap Unik" dan "Kumpulan Rap Unggul" dilencongkan di sini
KRU[lower-alpha 1] merupakan kumpulan pop dan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 1992.[1] Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman,[2] Yusry dan Edry Abdul Halim.[3] Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.[4][5]
Fakta Segera Berasal dari, Genre ...
KRU | |
---|---|
Berasal dari | Malaysia |
Genre | R&B, Hip Hop, Pop |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1992–2018 |
Syarikat rakaman | EMI Music Malaysia (1992-2006) KRU Records (1995-2018) |
Pengkarya berkait | Feminin, Elite, Indigo, Juliana Banos, Ezlynn, Rabbani, Ella, Tyco, Abon, Adam AF2, Stacy AF6, V.I.P., Saiful Apek, Shy'8, Forteen, M. Daud Kilau, Altimet, Mojo, Jaclyn Victor, Anita Sarawak, Dafi |
Laman sesawang | http://www.krustudios.com |
Bekas ahli | (Norman) Dato' Norman bin Abdul Halim (Yusry) Datuk Yusry bin Abdul Halim (Edry) Edry bin Abdul Halim |
Tutup
Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 Mei.[6]