kebakaran tidak terkawal yang berlaku secara semula jadi, tidak sengaja atau perbuatan jenayah, yang merebak di kawasan dengan tumbuhan yang mudah terbakar From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebakaran liar ialah mana-mana kebakaran tidak terkawal dalam tumbuh-tumbuhan mudah terbakar yang terjadi di kawasan desa atau belantara.[1][2] Nama lain termasuklah kebakaran belukar, kebakaran semak, kebakaran hutan dan kebakaran rumput, dan boleh digunakan untuk fenomena serupa bergantung kepada jenis tumbuhan yang terbakar. Kebakaran liar berbeza dengan kebakaran lain dari segi saiznya yang besar, kepantasanya merebak daripada sumber asal, kebarangkaliannya mengubah arah tanpa dijangka, dan kebolehannya melompat luang seperti jalan, sungai dan langkau api.[3] Kebakaran liar dicirikan mengikut punca penyalaan, sifat fizikal seperti laju penyebaran, bahan mudah terbakar yang wujud, dan kesan cuaca terhadap api.[4]
Kebakaran liar berlaku di setiap benua kecuali Antartika.
Kecerobohan manusia antara lainnya membuang puntung rokok sembarangan dan lupa mematikan api di perkemahan.
Kegiatan gunung berapi seperti terkena aliran lahar atau awan panas dari letusan gunung berapi.
Tindakan yang disengajakan seperti untuk membersihkan kawasan pertanian atau membuka lahan pertanian baru dan tindakan vandalisme.
Kebakaran di bawah tanah pada daerah tanah gambut yang dapat menyulut kebakaran di atas tanah pada saat musim kemarau.
Gelombang haba, kemarau, perubahan iklim berkitaran seperti El Niño, serta pola cuaca setempat turut boleh mepengaruhi kadar risiko dan ciri kebakaran liar secara ketara.[5][6] Pengumpulan kerpasan yang berterusan secara bertahun-tahun yang disusuli tempoh pemanasan yang panjang boleh juga mengalakkan kebakaran yang jauh merebak serta berpanjangan.[7]
Pemanasan global boleh juga menguatkan serta menambahkan kebarangkalian kemarau penyebab kebakaran liar yang dahysat dan kerap.[8] Suatu kajian yang dilakukan pada tahun 2015[9] menunjukkan peningkatan risiko kebakaran di negeri California, Amerika Syarikat akibat perubahan iklim yang dijana kegiatan manusia.
Kesan yang ditimbulkan dari kebakaran liar antara lainnya:
Menyebarkan pelepasan gas karbon dioksida ke pada atmosfera. Kebakaran hutan pada 1997 menimbulkan pelepasan / penyebaran sebanyak 2.6 bilion tan karbon dioksida ke atmosfer (sumber majalah Nature 2002). Sebagai perbandingan total, pelepasan karbon dioksida di seluruh dunia pada tahun tersebut adalah 6 miliar tan.
Terbunuhnya hidupan liar dan musnahnya tanaman baik karena kebakaran, didedahkan kepada asap atau rusaknya habitat. Kebakaran juga dapat menyebabkan banyak spesies endemik/khas di suatu daerah turut pupus sebelum ia sempat dikenali/diteliti.
Menyebabkan banjir selama beberapa minggu di saat musim hujan dan kekeringan di saat musim kemarau.
Kekeringan yang ditimbulkan dapat menyebabkan penggendalaan jalur pengangkutan lewat sungai dan menyebabkan kelaparan di daerah-daerah terpencil.
Kekeringan juga akan mengurangi isipadu air tadahan pada saat musim kemarau yang mengakibatkan terhentinya penjana elektrik pada musim kemarau.
Musnahnya bahan mentah industri perkayuan, mebel/furniture. Lebih jauh lagi hal ini dapat mengakibatkan perusahaan perkayuan terpaksa ditutup karena kurangnya bahan mentah yang dibekalkan dan puluhan ribu pekerja kehilangan pekerjaan mereka
Meningkatnya jumlah penderita penyakit infeksi saluran pernafasan atas (ISPA) dan barah paru-paru. Hal ini bisa menyebabkan kematian bagi penderita berusia lanjut dan anak-anak. Pencemarasan asap ini juga bisa menambah parah penyakit para penderita tuberkulosis atau asma.
Asap yang ditimbulkan menyebabkan gangguan di berbagai segi kehidupan masyarakat antara lain pendidikan, agama dan ekonomi. Banyak sekolah yang terpaksa dituutp pada saat jerebu berada dalam tahap yang berbahaya. Penduduk dihimbau tidak bepergian jika tidak ada keperluan mendesak. Hal ini mengganggu kegiatan keagamaan dan mengurangi kegiatan perdagangan/ekonomi. Gangguan asap juga terjadi pada prasarana perhubungan/pengangkutan iaitu berkurangnya batasan pandang. Banyak pelabuhan udara yang ditutup pada saat pagi hari di musim kemarau karena jarak pandang yang terbatas bisa berbahaya bagi penerbangan. Sering terjadi pelanggaran antara perahu di sungai-sungai akibat terbatasnya jarak pandangan.
Musnahnya bangunan, kenderaan, prasarana umum dan harta benda lainnya.
Jumlah luas hutan yang terbakar setiap tahunnya sekitar:
1991: 182.000 ha (1.820 km², 449.732 ekar, 703 batu persegi; 2% wilayah negara)
2003: 424.900 ha (4.249 km², 1,05 juta ekar, 1.641 batu persegi; 4,6% wilayah negara; 20 meninggal)
2004: 120.530 ha (1.205,3 km², 297.836 ekar, 465 batu persegi; 1,3% wilayah negara)
2005: 286.400 ha (2.864 km², 707.668 ekar, 1.106 batu persegi; 3.1% wilayah negara; 17 meninggal)
Amerika Syarikat: 1,74 juta hektar (17.400 km², 4,3 juta ekar, 6.718 batu persegi; 0,18% wilayah negara)
Indonesia - Sumber data: sebelum 1997 dari Badan Pengendalian Dampak Lingkungan (BAPEDAL) dan Canadian International Development Agency (CIDA) - Collaborative Environmental Project in Indonesia (CEPI). Data 1997/1998 dari Asian Development Bank (ADB) . Data 1999-2005 diperolehi daripada Departemen Kehutanan Indonesia.
1982 dan 1983: 3,6 juta hektar ( 36.000 km², 8,9 juta ekar, 13.900 batu persegi).
1987: 49.323 hektar ( 492 km², 121.880 ekar, 190 batu persegi).
1991: 118.881 hektar (1.189 km², 293.761 ekar, 459 batu persegi).
1994: 161.798 hektar (1.618 km², 399.812 ekar, 625 batu persegi).
1997 dan 1998: 9,8 juta hektar ( 97.550 km², 24,1 juta ekar, 37.664 batu persegi). Sumber data daripada ADB.
1999: 44.090 hektar (441 km², 108.989 ekar, 170 batu persegi).
2000: 8.255 hektar ( 83 km², 20.399 ekar, 32 batu persegi).
2001: 14.351 hektar (144 km², 35.462 ekar, 55 batu persegi).
2002: 36.691 hektar (367 km², 90.665 ekar, 142 batu persegi).
2003: 3.745 hektar ( 37 km², 9.254 ekar, 14 batu persegi).
2004: 13.991 hektar (140 km², 34.573 ekar, 54 batu persegi).
2005: 13.328 hektar (133 km², 32.934 ekar, 51 batu persegi).