taman botani di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebun Raya Bogor di Indonesia ialah sebuah taman botani yang terletak di Bogor, 60 kilometer (37 bt) ke selatan dari Jakarta pusat. Ia dikendalikan oleh Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia atau LIPI. Taman tersebut terletak di pusat bandar dan bersempadan dengan kawasan istana presiden iaitu Istana Bogor. Ia meliputi kawasan dengan 87 hektar (210 ekar) dan mengandungi 13,983 jenis pokok dan tumbuhan berlainan yang rencam asal usul.
Kebun Raya Bogor | |
---|---|
Jenis | Taman botani |
Lokasi | Bogor, Jawa Barat |
Keluasan | 87 hektar (210 ekar; 0.87 km2) |
Dibangunkan | 18 Mei 1817 |
Pengasas | Caspar Georg Carl Reinwardt |
Dikendalikan oleh | Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia |
Status | Buka |
Capaian transit awam | Bogor |
Laman sesawang | kebunraya.id/bogor |
sunting |
Taman botani ini yang seluas 87 hektar dibina pada tahun 1817, dan merupakan usaha Prof. Dr. Caspar Georg Carl Reinwardt, seorang ahli botani dari Belanda. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000 spesies.
Kawasan yang kini menjadi Taman Botani Bogor ialah sebahagian daripada samida (hutan buatan) yang paling tidak didirikan sekitar era ketika Sri Baduga Maharaja (Prabu Siliwangi, 1474-1513) memerintah Kerajaan Sunda, sesuai dengan yang tertulis pada prasasti Batutulis. Hutan ini dibangunkan untuk mengawasi benih pokok langka.[1] Hutan itu tinggal terbiar selepas kerajaan tersebut runtuh pada abad ke-16. Pada 1744, Syarikat Hindia Timur Belanda mendirikan taman dan rumah agam di tapak yang sekarang menjadi taman botani di Buitenzorg (kini disebut Bogor).
Selepas kejayaan serangan British di Jawa pada 1811, Stamford Raffles dilantik menjadi gabenor leftenan dan beliau menjadikan Istana Buitenzorg sebagai kediamannya. Beliau telah melandskap kembali taman itu menjadi taman ala Inggeris.[2] Isterinya Olivia Mariamne Raffles, meninggal di Buitenzorg pada 26 November 1819 dan dikebumikan di Batavia. Sebuah tugu peringatan didirikan di taman itu untuk memperingatinya.[3]
Di selatan Istana Bogor, kolam buatan ini menjadi habitat bagi hidupan liar di Kebun Raya Bogor. Salah satu penghuni paling ketaranya ialah teratai Victoria amazonica. Benihnya dikirimkan dari Taman Botani Amsterdam pada 1960.[4] Tugu bagi memperingati isteri Raffles dan Reinwardt turut terletak berdekatan kolam.
Berdekatan bahagian himpunan buluh Istana Bogor, terdapat perkuburan kecil dengan batu nisan Belanda. Salah satu makam yang ketara kepunyaan seorang gabenor terdahulu, D. J. De Eerens yang menjawat pada 1836 ke 1840. Terdapat 42 nisan dengan 38 orangnya dikenal pasti. Nisan tertuanya bertanggal 2 Mei 1784 yang lepas.[5]
Bersebelahan tabung benih taman tersebut, sebuah kawasan yang diperuntukkan bagi spesies tumbuhan Araceae dibangunkan pada 2010. Taman ini terdiri daripada banyak jenis Schismatoglottis, Homalomena, Colocasia dan beberapa jenis pepanjat semacam Philodendron dan Raphidophora. Lebih kurang 10 batang pokok dengan ketinggian lebih daripada 2 meter (6 ka 7 in) ditanam di kawasan ini, berperanan menjadi pelindung terhadap dedahan langsung matahari.[6]
Sebuah taman kecil dengan susun atur kebun mawar Perancis dibangunkan pada 1884 oleh M. Treub. Sesuai namanya, taman ini dibangunkan menjadi kenangan pada Johannes Elias Teijsmann atas sumbangan beliau dalam perkembangan taman tersebut. Di pusat taman itu, terletak tugu Teijismann, tegak dengan granit dari Berlin.[7]
Himpunan anggerik di Taman Botani Bogor lebih tertumpu kepada spesies liar, kira-kira sebilangan 500 spesies daripada lebih 100 genus. Grammatophyllum spesiosum, spesies anggerik terbesar di dunia pun sebahagian daripada himpunan ini. Spesimen yang terlihat dalam himpunan taman ini adalah sama ada spesimen asli yang dikumpulkan dari hutan ataupun anak-anak spesimen tersebut yang telah dibiakkan. Sungguhpun himpunan anggerik di Taman Botani Bogor terbibit lebih awal lagi, ia tidak lengkap sehinggalah 1927 di mana himpunan ini dipindahkan ke rumah hijau.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.