Kelayakan Piala Dunia FIFA 1934
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Dunia FIFA 1934 merupakan Piala Dunia pertama di mana setiap pasukan mesti mengharungi pusingan kelayakan. Edisi pertama Piala Dunia tidak mempunyai pusingan kelayakan (pasukan yang bertanding dijemput oleh FIFA). Sejumlah 36 negara menyertai pertandingan ini dan FIFA telah mengaturkan sebuah pusingan kelayakan untuk mengurangkan pasukan kepada 16 pasukan sahaja yang akan bertanding dalam kejohanan ini. Walaupun Itali ialah tuan rumah untuk edisi ini, mereka perlu mengharungi pusingan kelayakan (pertama kali hos Piala Dunia mengharungi pusingan kelayakan [1]), sementara juara bertahan Uruguay menolak untuk menyertai dan mempertahankan kejuaraan mereka kerana banyak negara Eropah enggan menyertai edisi pertama Piala Dunia yang diadakan di Uruguay.
Perincian kejohanan | |
---|---|
Pasukan | 36 (dari 3 konfederasi) |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 26 |
Jaringan gol | 141 (5.42 per perlawanan) |
1938 ā |
36 pasukan telah dibahagikan kepada 12 kumpulan, berdasarkan pertimbangan geografi, seperti berikut:
- Kumpulan 1 hingga 8 - Eropah: 12 tempat, yang disertai oleh 25 pasukan.
- Kumpulan 9, 10 dan 11 - Amerika: 3 tempat, yang disertai oleh 8 pasukan.
- Kumpulan 12 - Afrika dan Asia: 1 tempat, yang disertai oleh 3 pasukan (termasuk Turki).
Sebanyak 27 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Sebanyak 27 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 141 gol dijaringkan (purata 5.22 satu perlawanan).
Senarai di bawah adalah tarikh dan keputusan pusingan kelayakan.