Kerajaan Beraja Hungary Timur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerajaan Beraja Hungary Timur (dalam bahasa Hungary: Keleti Magayar Királyság) adalah nama moden yang digunakan untuk merujuk kawasan di bawah pemerintahan John Zápolya dan anak lelaki beliau John Sigismund Zápolya, yang mencabar tuntutan takhta pemerintahan yang dibuat oleh Kerabat Habsburg untuk memerintah Kerajaan Beraja Hungary bermula pada tahun 1526 sehingga 1570. Zápolyas memerintah bahagian timur Hungary, sementara raja-raja Habsburg (Ferdinand dan Maximilian) memerintah kawasan barat. [2] Habsburg beberapa kali membuat percubaan untuk menyatukan seluruh Hungary di bawah pemerintahan mereka tetapi dihalang oleh empayar Uthmaniyyah yang memberi sokongan dan bantuan kepada Kerajaan Beraja Hungary Timur.[3]
Kerajaan Beraja Hungary Timur Keleti Magyar Királyság | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1526–1551 1556–1570 | |||||||||
![]() Jata | |||||||||
Kerajaan Beraja Hungary Timur sekitar 1550 | |||||||||
Status | Negeri Naungan Empayar Uthmaniyyah | ||||||||
Ibu negara | Buda (1526–41) Lippa (1541–42)[1] Gyulafehérvár (1542–70) | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Raja | |||||||||
• 1526–1540 | John I (pertama) | ||||||||
• 1540–1570 | John II (terakhir) | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Pertabalan John I | 11 November 1526 | ||||||||
• John I memberi taat setia kepada Sultan | 19 Ogos 1529 | ||||||||
• Perjanjian Nagyvárad | 24 Februari 1538 | ||||||||
• Perjanjian Speyer | 16 Ogos 1570 | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Kawasan pemerintahan sebenar di bawah Zápolya tidak pernah dimuktamadkan, kerana kedua-dua kerajaan Habsburg dan Zápolyas menuntut keseluruhan wilayah Hungary. Satu persetujuan pembahagian sementara wilayah telah dibuat dalam Perjanjian Nagyvárad pada tahun 1538. Kerajaan Beraja Hungary Timur merupakan pendahulu kepada Prinsipaliti Transylvania (1570–1711), yang ditubuhkan dalam Perjanjian Speyer (1570).[4]