![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e7/G8_organization.svg/langms-640px-G8_organization.svg.png&w=640&q=50)
Kumpulan Lapan
From Wikipedia, the free encyclopedia
G8 (Kumpulan Lapan) adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara, iaitu: Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom. Bersama-sama, negara-negara ini merupakan lebih kurang 65% daripada ekonomi dunia. [2] G8 mengadakan persidangan kemuncak politik antara ketua-ketua negara dengan pegawai-pegawai antarabangsa setiap dua tahun, selain persidangan-persidangan subsidiari dan penyelidikan dasar.
Fakta Segera
Kumpulan 99 |
---|
![]()
|
Tutup
Jawatan presiden G8 mengikut giliran setiap tahun. Bagi tahun 2007, jawatan ini dipegang oleh Jerman, dan sebuah persidangan kemuncak diadakan di Heiligendamm dari 6 Jun ke 8 Jun. Presiden Suruhanjaya Eropah juga menghadiri persidangan kemuncak G8.