From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Balkan[a] adalah sebuah perikatan yang dibentuk melalui beberapa siri perjanjian bilateral yang dimuktamadkan pada tahun 1912 antara negara-negara Balkan iaitu Greece, Bulgaria, Serbia dan Montenegro, bagi menentang Empayar Uthmaniyyah,[1] yang mana pada waktu itu masih menguasai kebanyakan kawasan di Semenanjung Balkan. Balkan berada dalam keadaan huru-hara sejak awal tahun 1900-an, dengan peperangan gerila di Macedonia selama bertahun-tahun diikuti dengan Revolusi Turki Muda dan Krisis Bosnia. Tercetusnya Perang Itali-Turki pada tahun 1911 telah melemahkan lagi Uthmaniyah. Dengan campur tangan Rusia, Serbia dan Bulgaria menyelesaikan perbezaan mereka dan menandatangi sebuah perikatan, yang mana asalnya bertujuan untuk menentang empayar Austria-Hungary pada 13 Mac 1912,[2] dengan menambah sebuah bab rahsia yang akhirnya membawa pada tentangan ke atas Empayar Uthmaniyyah.[3] Serbia kemudian menandatangani satu perikatan bersama dengan Montenegro, sementara Bulgaria melakukan perkara yang sama dengan Greece. Perikatan ini menang semasa Perang Balkan I yang mana meletus pada bulan Oktober 1912, di mana mereka berjaya merampas dan mengawal hampir kesemua wilayah Eropah Uthmaniyah. Meskipun menang, perbezaan lama di antara para sekutu timbul semula disebabkan pembahagian wilayah rampasan, terutamanya Macedonia, yang menyebabkan perpecahan Liga, dan tidak lama kemudian pada 16 Jun 1913, Bulgaria menyerang sekutu lamanya dan memulakan Perang Balkan Kedua.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.