Lycaenidae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lycaenidae merupakan famili kupu-kupu kedua terbesar, dengan sekitar 6000 spesies di seluruh dunia,[1] dikenali dengan jolokan kupu-kupu berkepak nipis. Lycaenidae membentuk 40% spesies kupu-kupu yang diketahui.[2]
Lycaenidae | |
---|---|
Peablue Lampides boeticus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
(tanpa pangkat): | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | Lycaenidae Leach, 1815 |
Subfamili | |
Curetinae |
Famili ini lazimnya terbahagi kepada subfamili 'biru' (Polyommatinae), 'tembaga' (Lycaeninae), 'jalur bulu' (Theclinae) dan 'penuai' (Miletinae); tetapi juga terdiri daripada Lipteninae, Liphyrinae, Curetinae dan Poritiinae. Sesetengah pihak masuh menyertakan famili Riodinidae dalam Lycaenidae. Bekas subfamili monotip Styginae yang diwakili oleh Styx infernalis dari kawasan Andes Peru telah digolongkan dalam subfamili Euselasiinae[3] dalam famili Riodinidae.[4]
Kupu-kupu dewasanya kecil, lazimnya di bawah 5 cm, dan berwarna terang-terang, adakalanya berkilat. Kaki depan yang jantan agak kecil dan tiada cakar.
Larvanya lebih kepada bentuk leper berbanding silinder, dengan kelenjar yang boleh merembeskan bahan yang menarik dan menaklukkan semut. Kutikelnya agak tebal. Sesetengah larva mampu menghasilkan getaran dan bunyi halus yang dipancarkan melalui substrat yang didudukinya, untuk menarik semut.[5][6]
Kupu-kupu dewasa Lycaenidae selalunya mempunyai ekor berbulu seakan sesungut yang lengkap dengan rupa anulat hitam putih. Kebanyakan spesiesnya juga mempunyai tompok di tapak ekor, dan ada yang berpusing ketika mendarat untuk mengelirukan pemangsa daripada mengecam kedudukan kepalanya. Ini menyebabkan pemangsa mendekati kepala yang sebenar lalu dikesan awal-awal.[7]