Mamee Double-Decker
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mamee Double-Decker Berhad (MYX: 5282) ialah sebuah syarikat rakyat Malaysia dengan kepentingan dalam sektor perkilangan, pemasaran dan pengedaran makanan ringan, minuman, dan produk lain. Pada 2014, ibu pejabat mula bertapak di Melaka, Malaysia dan mempunyai pejabat di Subang, Selangor di Metropolitan Lembah Klang.[1] Pada 2008, Mamee mempunyai pejabat berdaftarnya di City Plaza, Johor Bahru.[2] Syarikat ini mengedarkan jenama Mister Potato dan Mamee Noodles.
Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
---|---|
Industri | Pemprosesan makanan, Makanan ringan, Produk tenusu |
Ditubuhkan | 1971; 53 tahun yang lalu (1971) |
Pengasas | Datuk Pang Chin Hin |
Ibu pejabat | Ayer Keroh |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia, Australia, Afrika Selatan, Antarabangsa |
Tokoh penting | Datuk Pang Chin Hin, Pengerusi Eksekutif |
Keluaran | Produk tenusu, Manisan, Air botol, Makanan ringan, Minuman |
Hasil | ▲ RM 411.57 juta (2009) |
Pendapatan bersih | ▲ RM 44.38 juta (2009) |
Jumlah aset | ▲ RM 294.45 juta (2009) |
Tapak web | Mamee |
sunting · sunting di Wikidata |
Mamee diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan telah disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 18 Mac 1992.[3] Mamee-Double Decker akan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia pada hari Isnin, 9 Januari 2012.[perlu rujukan]
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Pada tahun 2011, Manchester United menandatangani perjanjian penajaan dengan Mamee Double-Decker.[4] Pada tahun 2012, syarikat itu memilih kumpulan Nidji sebagai "duta jenama."[5]