Marshmallow
From Wikipedia, the free encyclopedia
Marshmallow (disebut [masy.mé.lo]); Jawi: مارشميلو, adalah makanan ringan mempunyai tekstur gebu lembut yang dibentuk pelbagai rupa serta ada berbagai-bagai aroma dan warna. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bahan pemanis seperti gula atau sirap jagung bersama putih telur, gelatin, gam arab dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.
Gula-gula ini disukai semua lapisan umur di mana ia boleh dimakan begitu sahaja, dipanggang di atas api unggun, dimasukkan ke dalam minuman (coklat panas bersusu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.[1]