disakarida dibentuk oleh molekul glukosa dan satu daripada fruktosa From Wikipedia, the free encyclopedia
Gula (Jawi: ݢولا; pinjaman Sanskrit: गुल gula, guḍa[1][2]:maksud ke-3) atau sakar[3] (pinjaman Arab: سُكَّر, rumi: sukkar ) ialah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa[4] dicirikan oleh suatu rasa manis. Dalam konteks pemakanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll. Ia selalunya datang dalam bentuk ketulan kiub (yakni "gula buku" atau "gula potong")[5] atau pernah dahulu sebelum abad ke-19 timbunan keruncut (yakni "gula jantung" kerana pangkalnya yang berbentuk jantung[6]).
Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak.[7] Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.[8]
Gula jika dipanaskan haba akan mengurai lalu bertindak balas melepaskan sebatian meruap seperti asetil serta menampakkan tekstur unik, fenomena ini disebut sebagai pengkaramelan.
Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.
Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,619 kJ (387 kcal) |
Karbohidrat | 99.98 g |
- Gula | 99.91 g |
- Serabut diet | 0 g |
Lemak | 0 g |
Protein | 0 g |
Air | 0.03 g |
Riboflavin (vit. B2) | 0.019 mg (2%) |
Kalsium | 1 mg (0%) |
Besi | 0.01 mg (0%) |
Kalium | 2 mg (0%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,576 kJ (377 kcal) |
Karbohidrat | 97.33 g |
- Gula | 96.21 g |
- Serabut diet | 0 g |
Lemak | 0 g |
Protein | 0 g |
Air | 1.77 g |
Tiamina (vit. B1) | 0.008 mg (1%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.007 mg (1%) |
Niasin (vit. B3) | 0.082 mg (1%) |
Vitamin B6 | 0.026 mg (2%) |
Folat (vit. B9) | 1 μg (0%) |
Kalsium | 85 mg (9%) |
Besi | 1.91 mg (15%) |
Magnesium | 29 mg (8%) |
Fosforus | 22 mg (3%) |
Kalium | 346 mg (7%) |
Natrium | 39 mg (3%) |
Zink | 0.18 mg (2%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Pada 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam suatu laporan teknikal mengemukakan bukti hubungan peminuman air bergula (termasuk jus buah) dengan kebuncitan disebabkan pertambahan tenaga perlu yang diambil:[9] gula sendirinya bukan penyebabk kegemukan tetapi mampu mendorong kepada tabitan pemakanan tidak sihat jika diambil secara berlebihan.[9] Metaanalisis lanjut juga menunjukkan bahawa pengambilan berlebihan minuman dimaniskan gula meningkatkan risiko kencing manis tahap 2 dan sindrom metabolik pada kedua-dua lingkungan anak-anak dan dewasa.[10][11]
Gula turut menjejaskan kesihatan gigi kerana kerosakan yang boleh disebabkan pemakanan gula yang berlebihan.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.