From Wikipedia, the free encyclopedia
Minda ialah satu set kebolehan kognitif termasuk kesedaran, persepsi, pemikiran, pertimbangan, bahasa dan ingatan. Ia biasanya ditakrifkan sebagai kebolehan berfikir dan kesedaran sesuatu entiti.[1]
Sifat-sifat yang membentuk minda diperdebatkan. Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa hanya fungsi-fungsi intelektual "tinggi" yang membentuk minda, khususnya akal dan ingatan.[3] Dari sudut pandangan ini, emosi—kasih sayang, kebencian, rasa takut, dan gembira—adalah bersifat lebih primitif dan subjektif maka harus dianggap berlainan dengan minda sebegitu. Sesetengah yang lain berpendapat bahawa pelbagai keadaan rasional dan emosional tidak boleh dipisahkan begitu, bahawa mereka mempunyai sifat dan asal yang sama, oleh itu kesemuanya perlu diambil kira sebagai sebahagian daripada minda.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.