From Wikipedia, the free encyclopedia
Oberkommando des Heeres (Terjemahan literal: Markas Tinggi Tentera Darat; singkatan OKH) adalah markas besar Tentera Darat Jerman Nazi. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1935 sebagai sebahagian daripada persenjataan semula Jerman oleh Adolf Hitler. OKH merupakan unit de facto paling penting dalam perancangan perang Jerman sehingga saat kekalahan Jerman di Moscow pada Disember 1941.
Oberkommando des Heeres (OKH) Markas Besar Tentera Darat | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 21 Mei 1935 |
Dibubarkan | 23 Mei 1945 |
Negara | Jerman Nazi |
Kesetiaan | Der Fuhrer Adolf Hitler |
Jenis | Markas Besar |
Peranan | Pengawasan dan Pertahanan Darat |
Sebahagian daripada | Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht ) |
Pangkalan | Maybach 1, Zossen, Berlin |
Nama samaran | OKH |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera | Adolf Hitler |
Panglima Tentera Darat | Walther von Brauchitsch |
Ketua Staf Am | Franz Halder |
Komander terkenal | Werner von Fritsch Ludwig Beck Heinz Guderian Kurt Zeitzler |
Tanda kebesaran | |
Bendera pemerintahan 1936–38 | |
Bendera pemerintahan 1938–42 |
Semasa Perang Dunia II OKH bertanggungjawab atas perancangan strategik Kumpulan Tentera Darat dan Tentera Darat Medan, sementara Staf Am OKH pula mengurus perancangan operasi. Setiap Tentera Darat Medan Jerman juga mempunyai satu (Armeeoberkommando atau AOK). Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht ) mengarah semua kancah peperangan melainkan di Barisan Timur yang diuruskan sendiri oleh OKH.
Ketua OKH memakai gelaran Panglima Tentera Darat (Oberbefehlshaber des Heeres atau singkatan OBdH). Selepas Pertempuran Moscow, ketua OKH Fil Marsyal Walther von Brauchitsch telah dilucutkan jawatan, dan Hitler melantik dirinya sebagai Panglima Tentera Darat.
Dari tahun 1938 OKH bersama dengan Oberkommando der Luftwaffe (OKL) (Markas Besar Tentera Udara) dan Oberkommando der Marine (OKM) (Markas Besar Tentera Laut), secara rasminya berada di bawah Oberkommando der Wehrmacht (OKW).
Semasa tahun-tahun terawal Perang Dunia II OKW memerlukan kebenaran Hitler untuk mengarah OKH. Ini menjadikan pemerintah OKH Walther von Brauchitsch sebagai ketua de facto seluruh pegawai kanan Heer Jerman. Selepas kekalahan Jerman diluar Moscow pada Disember 1941 konflik ini telah diselesaikan apabila von Brauchitcsh dipecat pada 19 Disember, dan Hitler melantik dirinya sendiri sebagai ketua OKH. Sekarang Hitler adalah Canselor Reich, Presiden Reich dan Pemerintah Tertinggi Wehrmacht. Selepas peristiwa ini arahan-arahan kepada OKH tidak lagi memerlukan kebenaran Hitler, kerana Hitler kini mula terlibat secara lebih dekat dalam perancangan perang dengan "menyatukan" OKW sekali. Para pemimpin OKW Wilhelm Keitel dan Alfred Jodl tidak berani membantah apa-apa keputusan yang dibuat Hitler, bagaimanapun mereka berdua sudah tersilap. Meskipun begitu Staf Am OKH tetap meneruskan kerja-kerja mereka.
Pegawai-pegawai kanan tentera darat mengikut senioriti - 1939
Nama Jeneral | Tahun lahir | Jawatan |
---|---|---|
1.Walther von Brauchitsch | 1881 | Panglima Tentera Darat |
2.Gerd von Rundstedt | 1875 | Bersara sementara |
3.Fedor von Bock | 1880 | Panglima Tentera Darat 1 |
4.Wilhelm Ritter von Leeb | 1876 | Bersara sementara |
5.Wilhelm Keitel | 1882 | Panglima Angkatan Tentera |
6.Wilhelm List | 1880 | Panglima Tentera Darat 5 |
7.Johannes Blaskowitz | 1883 | Panglima Tentera Darat 3 |
8.Gunther von Kluge | 1882 | Panglima Tentera Darat 6 |
9.Erwin von Witzleben | 1881 | Panglima Tentera Darat 2 |
10.Friedrich Dollmann | 1882 | Panglima Kor IX |
11.Georg von Kuchler | 1881 | Panglima Kor I |
12.Ewald von Kleist | 1881 | Bersara sementara |
13.Maximilian von Weichs | 1881 | Panglima Kor XIII |
14.Walther von Reichenau | 1884 | Panglima Tentera Darat 4 |
Menjelang pengerahan pada Ogos 1939, OKH dibahagi kepada dua iaitu Markas Medan dan Markas Tempatan. Panglima Tentera Darat Simpanan (Befehlshaber des Ersatzheeres) dilantik mengurus Markas Tempatan. Agensi-agensi dalam OKH pada September 1939:
Ketua Staf Am Tentera Darat (Chef des Generalstabs des Heeres)
1) Staf Am Tentera Darat (Generalstab des Heeres) - Menjelang pengerahan,staf ini juga dibahagikan kepada Markas Medan (1.Staffel) dan Markas Tempatan (2.Staffel).
Markas Medan (1.Staffel) mengandungi:
Markas Tempatan (2.Staffel) mengandungi:
2) Pejabat Perkhidmatan Anggota Tentera Darat (Heeres-Personalamt) - Markas Medan (1.Staffel) telah ditubuhkan,termasuk Ketua Pejabat Perkhidmatan Anggota Tentera Darat (Chef des Heerespersonalsamt) dan mengandungi:
Markas Tempatan (2.Staffel) mengandungi:
Panglima Tentera Darat Simpanan (Befehlshaber des Ersatzheeres)(BdE) merangkap Ketua Persenjataan Tentera Darat (Chef der Heeresrustung)(Ch.H.Ru) - Ia mengurus Markas Tempatan seperti Pejabat Perkhidmatan Am Tentera Darat,Pejabat Pentadbiran Tentera Darat dan seterusnya.
3) Pejabat Perkhidmatan Am Tentera Darat (Allgemeines Heeresamt)(AHA)
4) Pejabat Ordnans Tentera Darat (Heeres-Waffenamt)(Wa.A)
5) Pejabat Pentadbiran Tentera Darat (Heeresverwaltungsamt)(VA)
6) Inspektor Persenjataan dan Perkhidmatan (Waffen-Inspekteur) - Menjelang pengerahan,jawatan ini bebas dari Pejabat Am Tentera Darat dan diletakkan terus dibawah BdE,mengandungi:
7) Inspektor Pengkhususan Pegawai Kadet (Inspekteur der Offizieranwarten-Lehrgange)(In.OAL)
8) Ketua Kehakiman Tentera Darat (Chef des Heeres-Justizwesens)
9) Inspektor Jeneral Pasukan Armor (Generalinspekteur der Panzertruppen) - Jawatan paling penting ini dan staf organisasi sokongannya telah ditubuhkan pada tahun 1943 apabila tanggungjawab OKH bagi pasukan panzer dipisahkan dari jawatan asal Ketua Pasukan Bergerak (Chef der Schnellen Truppen) yang wujud dari November 1938 hingga Ogos 1939. Inspektor Jeneral Pasukan Armor diletakkan terus dibawah Hitler tetapi kekal berada di OKH,ia bertanggungjawab bagi organisasi,latihan dan penggantian semua pasukan panzer - termasuk unit-unit panzer Waffen-SS dan Luftwaffe. Terdapat empat cawangan dibawahnya :
Panglima Besar Tentera Darat
Ketua Staf Am OKH
(pangkat terakhir yang dipegang selepas meninggalkan jawatan)
Walaupun OKW dan OKH berpusat di bandar Zossen semasa Reich Ketiga, fungsi dan kebebasan operasi mereka tidak hilang sepanjang tempoh itu. Kakitangan di kawasan terbuka Zossen membuat teguran jika Maybach 2 (kompleks OKW) dimusnahkan, staf OKH di Maybach 1 mungkin tidak akan perasan. Kelengkapan penyamaran secara fizikalnya dipisahkan oleh tembok pagar yang tidak mencapai objektif.
Pada 28 April 1945 (dua hari sebelum kematiannya), Hitler secara rasmi meletakkan OKH dibawah OKW, memberikan OKW kuasa pemerintahan di Barisan Timur.
Rekaan bendera pemerintah ini adalah sangat mudah. Ia hanya memaparkan warna asas kebangsaan Jerman iaitu putih,merah dan satu Iron Cross hitam. Untuk dipamerkan pada kereta satu bendera segi empat sama berukuran 30cm (12inci) dibubuh dalam satu bingkai besi dan di atur pada kedua-dua belahnya sambil dibalut perspeks jernih. Selaku Oberbefehlshaber des Heeres pangkat terakhir yang dipegang adalah generalfeldmarschall dan bendera fil marsyal biasanya dipamerkan bersama dengan bendera pemerintah di kereta yang sama.
Bendera khas ini hanya diperkenalkan pada 1 September 1944. Pada waktu itu jawatan tersebut dipegang oleh Generaloberst Heinz Guderian. Disebabkan beberapa pertikaian sengit dengan Hitler, beliau telah diberhentikan pada 28 Mac 1945,hanya 38 hari sebelum perang berakhir. Dengan ini bendera tersebut berkait rapat dengan Guderian. Bendera ini adalah sama dengan yang digunakan oleh Panglima Tentera Darat tetapi berlainan aspek. Kelainannya ialah empat helang emas ditambah di hujung bendera. Tambahan pula satu swastika putih diletakkan di tengah-tengah Iron Cross.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.