Fil Marsyal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fil Marsyal (atau field-marshal, disingkatkan sebagai FM) ialah pangkat tentera yang paling kanan, lebih tinggi daripada pangkat pegawai jeneral. Biasanya, ia merupakan pangkat tertinggi dalam sesebuah tentera darat (di negara yang tidak mempunyai pangkat Generalisimo), dan oleh itu, hanya segelintir individu yang pernah dilantik ke pangkat ini. Ia dianggap sebagai pangkat lima bintang (OF-10) dalam angkatan tentera moden di banyak negara.

Kenaikan pangkat ke Fil Marsyal dalam banyak negara secara sejarahnya memerlukan pencapaian ketenteraan luar biasa oleh seorang jeneral (kemenangan semasa perang). Namun, pangkat ini juga telah digunakan sebagai pangkat pemerintah divisyen dan sebagai pangkat pemerintah briged. Contoh penggunaan berbeza bagi pangkat ini termasuk di Afghanistan, Austria-Hungary, India, Pakistan, Prusia/Jerman dan Sri Lanka untuk pencapaian luar biasa; Sepanyol dan Mexico untuk pemerintah divisyen (Sepanyol: mariscal de campo); dan Perancis, Portugal dan Brazil untuk pemerintah briged (Perancis: maréchal de camp, Portugis: marechal de campo).
Remove ads
Asal istilah
Pangkat Fil Marsyal berasal dari Zaman Pertengahan, di mana ia bermakna "penjaga kuda raja" (berasal dari perkataan Jerman purba iaitu Marh-scalc = "hamba kuda") pada zaman awal raja-raja Franks. Perkataan yang asalnya bermaksud "hamba" kadangkala digunakan untuk merujuk kepada "pegawai bawahan" atau seumpamanya. Empayar Rom Suci Jerman dan kerajaan Perancis mempunyai pegawai yang dipanggil Feldmarschall dan Maréchal de camp masing-masing sejak abad ke-17. Ungkapan tepat bagi gelaran yang digunakan oleh fil marsyal berbeza-beza: contohnya termasuk "Marsyal" dan "Fil Marsyal Jeneral".
Pangkat setaraf dalam tentera udara Komanwel dan kebanyakan tentera udara Timur Tengah ialah Marsyal Tentera Udara (jangan dikelirukan dengan Marsyal Udara). Tentera laut, yang biasanya tidak menggunakan istilah seperti dalam tentera darat atau udara, menggunakan gelaran seperti "Fleet Admiral", "Grand Admiral" atau "Admiral of the Fleet" untuk pangkat yang setaraf.
Dengan kenaikan pangkat ini, secara tradisinya seseorang Fil Marsyal akan dianugerahkan baton, di mana ia akan dibawa sebagai satu simbol kuasa. Kebiasaannya, baton ini akan ditatahkan dengan batu permata dan logam berharga. Walau bagaimanapun, tidak semestinya tanda kebesaran fil marsyal berupa baton (seperti di Rusia selepas 1991 dan bekas Kesatuan Soviet, yang menggunakan bintang bertatah permata dikenali sebagai Bintang Marsyal).
Remove ads
Fil Marsyal Tentera Darat Malaysia
Di Malaysia, pangkat ini dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertakhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Angkatan Tentera berhak memegang pangkat tertinggi dalam Tentera Darat ini, begitu juga pangkat bertaraf lima bintang yang lain iaitu Laksamana Armada dan Marsyal TUDM.
Lencana pangkat
Lencana Fil Marsyal TDM mengandungi mahkota, lima bintang berbucu lima dan kalungan bunga padi berserta keris bersilang duku ilang. Ia disusun di atas epolet dengan kalungan bunga padi berserta keris bersilang duku ilang diletakkan hampir dengan bahu manakala mahkota berada hampir dengan leher dan lima bintang berbucu lima dalam formasi segilima pula diletakkan di tengah-tengah epolet.
Remove ads
Pangkat Fil Marsyal yang sepadan negara lain


- Fil Marsyal (Australia)
- Feldmarschall (Monarki Austria-Hungary)
- Marsyal (Brazil)
- Stožerni general (Croatia)
- Marsyal Empayar (Empayar Perancis Pertama)
- Mushir (Empayar Uthmaniyah, Timur Tengah & Afrika Utara)
- Fil Marsyal (Finland)
- Marsyal Perancis
- Generalfeldmarschall (Jerman)
- Stratarches (Greece)
- Fil Marsyal (India)
- Jenderal Besar (Indonesia)
- Fil Marsyal (Iran)
- Fil Marsyal (Iraq)
- Fil Marsyal (Libya)
- Marsyal Itali
- Fil Marsyal (Malaysia)
- Fil Marsyal (New Zealand)
- Fil Marsyal (Pakistan)
- Marsyal Peru
- Fil Marsyal Filipina
- Marsyal Poland
- Mareşal (Romania)
- Jeneral Fil Marsyal (Imperial Rusia)
- Marsyal Persekutuan Rusia
- Fil Marsyal (Afrika Selatan)
- Marsyal Kesatuan Soviet
- Vojvoda (Serbia dan Yugoslavia)
- Fältmarskalk (Sweden)
- Chom Phon (Thailand)
- Mareşal (Turki)
- Fil Marsyal (Uganda)
- Fil Marsyal (United Kingdom)
- Marszałek Polski (Poland)
- Jeneral Angkatan Darat (Amerika Syarikat)
- Wonsu (Korea Utara/Korea Selatan)
- Gensui (Tentera Darat Imperial Jepun)
- Yuanshuai (China)
- Marsyal Portugal
- Fil Marsyal (Sri Lanka)
Lencana pangkat
Remove ads
Lihat juga
- Generalisimo
- Ketua Marsyal
- Admiralisimo
- Laksamana Besar
- Laksamana Armada
- Admiral of the Navy
- Jeneral Angkatan Udara
- Jeneral Angkatan Darat
- Marsyal Besar
- Senarai Fil Marsyal
- Senarai Fil Marsyal Jerman
- Baton (simbol tentera)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads