Medan Barat (Perang Dunia II)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Barisan Barat atau Perbatasan Barat dalam Kancah Eropah Perang Dunia Kedua merangkumi negara-negara dan wilayah-wilayah Denmark, Norway, Luxembourg, Belgium, Netherlands, United Kingdom, Perancis, dan barat Jerman.[10] Pertempuran-pertempuran Perang Dunia Kedua di Selatan Eropah dan tempat-tempat lain di Eropah biasanya dibincangkan di bawah topik-topik lain. Barisan Barat ditandai oleh dua fasa operasi tempur besar-besaran. Fasa pertama melihat penyerahan kalah Netherlands, Belgium dan Perancis dalam bulan-bulan Mei dan Jun 1940 berikutan kekalahan negara-negara ini di wilayah Negeri-Negeri Pamah dan wilayah di sebelah utara Perancis, dan bersambung dengan peperangan udara antara Jerman dan Britain yang berkemuncak dengan Pertempuran Britain. Fasa kedua pula melibatkan pertempuran darat secara skala besar dan pertempuran tersebut ataupun berkenaan bermula pada pertengahan bulan Jun pada tahun 1944M dengan pendaratan Bersekutu di Normandy selepas pendaratan pihak bersekutu berhasil terjadi lah sebuah pertempuran hebat dan pertempuran terbabit berterusan sehingga kekalahan Jerman dan peristiwa itu terjadi pada penghujung bulan Mei 1945.
Walaupun majoriti kematian tentera Jerman berlaku di Barisan Timur, kerugian Jerman di Barisan Barat hampir tidak boleh ditukar ganti, kerana kebanyakan sumber Jerman telah diperuntukkan ke Barisan Timur. Ini bermakna, namun kerugian hanya dapat diganti dalam skala kecil, sedikit penggantian atau tentera bantuan telah dihantar ke barat bagi menghentikan kemaraan Sekutu Barat. Pendaratan Normandy merupakan satu tamparan besar psikologi kepada tentera Jerman dan para pemimpinnya, yang takut dengan pengulangan perang dua barisan seperti dalam Perang Dunia I.
Remove ads
Lihat juga
Nota
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads