Pakatan Harapan
Gabungan parti politik nasional di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah gabungan politik di Malaysia, pengganti kepada Pakatan Rakyat. Gabungan ini ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai gabungan parti pembangkang. PH mempunyai 4 parti komponen iaitu PKR, DAP, AMANAH dan UPKO. Kini, gabungan ini merupakan anggota Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Pengerusi PH Anwar Ibrahim di peringkat Kerajaan Persekutuan bersama-sama BN, GPS, GRS, WARISAN, KDM dan PBM. PH mempunyai 3 ketua kerajaan negeri iaitu Amirudin Shari (MB Selangor), Chow Kon Yeow (KM Pulau Pinang) dan Aminuddin Harun (MB Negeri Sembilan). PH juga sebahagian daripada Kerajaan Negeri Perak, Pahang, Melaka dan Sabah.
Fakta Segera Singkatan, Presiden ...
Tutup