Parti Keadilan Rakyat
parti politik di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Keadilan Rakyat (singkatan: PKR atau disebut juga KEADILAN) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia ditubuhkan pada tahun 2003 hasil gabungan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) namun begitu PRM menarik semula sokongan untuk gabungan parti mereka dengan KeADILan.[7] Ia adalah salah satu daripada tiga parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH). PKR merupakan parti politik kebangsaan yang mempunyai keanggotaan majoriti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Parti Keadilan Rakyat ڤرتي كعاديلن رعيت | |
---|---|
Singkatan | PKR atau KEADILAN |
Presiden | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan Presiden | Tuan Rafizi Ramli |
Naib Presiden | |
Pengasas | Wan Azizah Wan Ismail & Anwar Ibrahim |
Ditubuhkan | 4 April 1999; 25 tahun yang lalu (1999-04-04) sbg keADILan 3 Ogos 2003; 20 tahun yang lalu (2003-08-03) sbg PKR |
Pecahan | • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) • Parti Rakyat Malaysia (PRM) |
Didahului oleh | Parti Keadilan Nasional |
Ibu pejabat | • Petaling Jaya, Selangor • Kuching, Sarawak |
Keanggotaan | 1.91 juta (Setakat November 2023) |
Ideologi | • Keadilan sosial • Progresivisme • Demokrasi liberal • Nasionalisme • Hak politik rakyat • Kerjasama semua kaum • Semangat perpaduan Malaysia • Hak asal Sarawak & Sabah • Hak bangsa Borneo |
Kedudukan politik | Berhaluan tengah |
Penggabungan kebangsaan | Pakatan Rakyat (2003-2015) Pakatan Harapan (sejak 2016) |
Penggabungan antarabangsa | Liberal International (2016-2023?)[1][2][3][4][nb 1] |
Warna | Biru muda |
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 31 / 222 [5][6]
|
Dewan Undangan Negeri | 36 / 607
|
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
www.keadilanrakyat.org |
PKR merupakan sebahagian daripada anggota komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menerajui Kerajaan Perpaduan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor dan 3 EXCO, Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan 2 EXCO, 2 EXCO di Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang dan Perak dan 1 EXCO di Kerajaan Perpaduan Pahang serta 1 Menteri Kabinet Sabah.