Pelacuran
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pelacuran ialah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur ialah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.
Pelacuran adalah cabang industri seks yang selari dengan pornografi, tarian telanjang, dan bahkan semua mata pencarian yang berkaitan dengan eksploitasi aktiviti seksual dan persembahan yang berkaitan dengan seksualiti untuk menghiburkan orang lain.
Pelacuran banyak bertumpu di kota-kota raya yang membangun pada abad ke-19 seperti di George Town, Singapura, Surabaya dan Batavia yang memenuhi permintaan dari pegawai dan askar kelasi jajahan Barat dan buruh lelaki pendatang Asia tidak sahaja dengan bekalan candu tetapi juga pemudi-pemudi Semenanjung Melayu, Jawa, Sumatera sampai sejauh tanah besar China dan Jepun; ia berkurangan dengan bertambah majunya hubungan pengangkutan sedunia (seperti penciptaan kapal wap berkelajuan tinggi dan pembukaan Terusan Suez) seterusnya mengurangkan halangan untuk kaum wanita Barat berlayar atau merantau jauh ke benua Asia.[1]