Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara adalah satu jawatan yang diwujudkan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jawatan ini menjadi rebutan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau yang mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara yang bersifat rentas parti.[1]
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara | |
---|---|
Penjawat sulung | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
sunting · sunting di Wikidata |
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa majlis tersebut mestilah dipengerusikan oleh beliau selaku Perdana Menteri Malaysia bagi memudahkan segala pengurusan, pentadbiran dan kelulusan atas cadangan yang diutarakan.[2]
Jawatan ini berbeza dengan Pengerusi Majlis Gerakan Negara kerana ia tidak dipengerusikan oleh seorang Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.[3]
Jawatan ini juga dilantik sebagai Pengerusi bertaraf Menteri.[4] Tan Sri Muhyiddin telah menerima tawaran jawatan ini secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.[5]. Pada 21 Disember 2022, Perdana menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Majlis Pemulihan Negara dibubarkan berkuatkuasa 21 Disember 2022. .