badan pentadbiran Malaysia selain Parlimen From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei selepas sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung. Perisytiharan Darurat telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | MAGERAN |
Tujuan | Mengambil alih secara sementara urusan pentadbiran kerajaan Malaysia |
Keluaran | Majlis Perundingan Negara Rukun Negara |
Sejarah | |
Pengganti | Majlis Keselamatan Negara |
Ditubuhkan | 16 Mei 1969 |
Dibubarkan | 23 Februari 1971 |
Tokoh penting | |
Organisasi utama | Kerajaan Malaysia |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Catatan kaki | |
sunting · sunting di Wikidata |
MAGERAN diberi kuasa menjalankan urusan-urusan bermula daripada 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. MAGERAN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.[1] Semasa pentadbirannya, MAGERAN telah membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini. MAGERAN dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.
Berikut merupakan senarai anggota Majlis Gerakan Negara 1969-1971[2][3].
# | Jawatan | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
1 | Pengerusi | Tun Abdul Razak Hussein[4] | Timbalan Perdana Menteri |
2 | Anggota Majlis | Tun Dr. Ismail Abdul Rahman | Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri |
3 | Tun Tan Siew Sin | Menteri Kewangan | |
4 | Tun V.T. Sambanthan | Menteri Kerja raya, Pos dan Telekom | |
5 | Hamzah Dato' Abu Samah | Pemangku Menteri Penerangan dan Penyiaran | |
6 | Jeneral Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa | Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia | |
7 | Tan Sri Mohamed Salleh Ismael | Ketua Polis Negara | |
8 | Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin | Pengarah Perkhidmatan Awam | |
9 | Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie | Setiausaha Tetap Kementerian Luar | |
10 | Ketua Pegawai Kerja | Lt. Jeneral Dato' Ibrahim bin Ismail | Pengarah Gerakan Malaysia Barat, Angkatan Tentera Malaysia |
11 | Pembantu Ketua Pegawai Kerja | Abdul Rahman Hamidon | Pembantu Setiausaha Kementerian Pertahanan |
12 | Lt Kolonel Mohamad Ghazali Che Mat | Angkatan Tentera | |
13 | Supt Mohammed Hanif Omar | Polis Diraja | |
14 | Mohamad Yusof Abdul Rashid | Pejabat Peguam Negara | |
15 | Kol. K. C. Chan Jar |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.