From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Ottoman Interregnum battles Zaman Peralihan Uthmaniyah, atau Perang Saudara Uthmaniyah[1] (20 Julai 1402 – 5 Julai 1413; Turki: Fetret Devri , "Zaman Peralihan"), merujuk pada sebuah perang saudara di empayar Uthmaniyyah yang berlaku di antara anak lelaki kepada Sultan Bayezid I selepas kekalahan bapa mereka kepada panglima perang daripada Asia Tengah iaitu Timur dalam Pertempuran Ankara pada 20 Julai 1402. Meskipun Mehmed Çelebi telah disahkan menjadi sultan oleh Timur, abang-abang beliau İsa Çelebi, Musa Çelebi, Süleyman Çelebi, dan kemudian Mustafa Çelebi, enggan mengakui kekuasaan beliau, yang mana setiap orang menuntut takhta untuk diri mereka sendiri.[2] yang mana kemudian menyebabkan tercetusnya perang saudara. Zaman Peralihan ini berlangsung selama 11 tahun sehingga Pertempuran Çamurlu pada 5 Julai 1413, apabila Mehmed Çelebi muncul sebagai pemenang dan mengistiharkan beliau sebagai sultan Mehmed I, dan memulihkan empayar Uthmaniyah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.