From Wikipedia, the free encyclopedia
Perjanjian damai Israel–Jordan atau sepenuhnya "Perjanjian Damai Antara Negara Israel dan Kerajaan Hasyimiah Jordan" (Ibrani: הסכם השלום בין ישראל לירדן ; transliterasi: Heskem Ha-Shalom beyn Yisra'el Le-Yarden; Arab: معاهدة السلام الأردنية الإسرائيلية ; transliterasi bahasa Arab: Mu'ahadat as-Salaam al-'Urdunniyah al-Isra'yliyah), kadangkala dirujuk sebagai Perjanjian Wadi Araba, telah ditandatangan pada tahun 1994. Majlis tandatangan berlangsung di selatan lintasan sempadan Arabah pada 26 Oktober 1994. Jordan merupakan negara Arab kedua, selepas Mesir, menandatangani persetujuan damai dengan Israel.[1]
Perjanjian Damai Israel–Jordan | |
---|---|
Perjanjian Damai Antara Negara Israel dan Kerajaan Hasyimiah Jordan | |
Jenis | Perjanjian damai |
Ditandatangani | 26 Oktober 1994Arabah, Israel | di
Penandatangan | Yitzhak Rabin (Perdana Menteri Israel) Abdelsalam Majali (Perdana Menteri Jordan) |
Pemegang simpanan | Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Petikan | UNTS 35325 |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
sunting |
Perjanjian ini menyelesaikan hubungan antara dua negara tersebut, melaraskan pertikaian tanah dan air, dan memberi kerjasama yang luas dalam pelancongan dan perdagangan. Ia termasuk akuan janji bahawa Jordan atau Israel tidak akan membenarkan wilayahnya menjadi tanah persinggahan untuk serangan tentera oleh negara ketiga.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.