Piala FA Malaysia 2022
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala FA Malaysia 2022 merupakan edisi ke-32 Piala FA Malaysia, sebuah kejohanan kalah mati untuk persatuan dan kelab bola sepak negeri Malaysia. Juara akan layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2023.
Fakta Segera Negara, Tarikh ...
Piala FA 2022 | |
Negara | Malaysia |
---|---|
Tarikh | 6 Mac - 10 September 2022 |
Pasukan | 34 |
Juara | Johor Darul Ta'zim |
Naib juara | Terengganu |
Perlawanan dimainkan | 33 |
Jaringan gol | 124 (3.76 per perlawanan) |
Kehadiran | 264,297 (8,009 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Fernando Forestieri (6 gol) |
Pemain terbaik | Arif Aiman (Johor Darul Ta'zim) |
← 2019 2023 → |
Tutup
Kedah Darul Aman adalah juara bertahan selepas menjuarai Piala FA Malaysia 2019, edisi 2020 dan 2021 tidak dimainkan kerana pandemik Covid-19.[1] Sebanyak 34 pasukan disahkan menyertai kejohanan tersebut.
Johor Darul Ta'zim memenangi 3–1 menentang Terengganu di perlawanan akhir bagi merangkul gelaran.