From Wikipedia, the free encyclopedia
Presiden Republik Chile (Sepanyol: Presidente de la República de Chile ) ialah ketua negara dan ketua pemerintah Republik Chile. Presiden bertanggungjawab terhadap pentadbiran kerajaan dan negara.[2] Walaupun peranan dan kepentingan jawatan presiden berubah dalam sejarah Chile, dan juga kedudukan dan perhubungan jawatan tersebut dengan jawatan-jawatan lain dalam politik Chile, Presiden Chile masih merupakan seorang yang penting dalam kancah politik Chile. Presiden dianggap satu daripada institusi yang membentuk "Perlembagaan Bersejarah Chile", dan diperlukan buat kestabilan politik negara itu.[3]
Presiden Republik Chile | |
---|---|
Presidente de la República de Chile | |
Jenis | Ketua negara Ketua kerajaan |
Gelaran | Yang Berhormat |
Anggota bagi | Cabinet of Chile (en) |
Bidang kuasa | Chile |
Kediaman | Tiada |
Pusat | La Moneda Palace |
Dilantik oleh | Undi popular |
Tempoh jawatan | Empat tahun, tidak layak untuk dipilih semula serta-merta |
Penjawat sulung | Manuel Blanco Encalada |
Dibentuk | 9 Jun 1826 |
Gaji | US$190,466 setiap tahun[1] |
Senarai | List of presidents of Chile (en) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Di bawah Perlembagaan kini (diguna pakai dalam tahun 1980), Presiden dilantik untuk tempoh selama empat tahun, dan ditegah daripada diundi semula selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Tempoh yang lebih pendek ini (sebelumnya tempoh adalah selama enam tahun) membolehkan penyeragaman pengundian parlimen dan presiden.
Kediaman rasmi Presiden Chile ialah Istana La Moneda di ibu kota negara itu, Santiago.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.