From Wikipedia, the free encyclopedia
Prokaina ialah sebuah ubat anestetik tempatan kumpulan ester amino. Ia paling biasa digunakan dalam prosedur pergigian untuk mengebaskan kawasan sekitar gigi,[1] dan juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan suntikan penisilin intraotot. Disebabkan nama dagangan Novocain atau Novocaine selalu digunakan, di sesetengah wilayah, prokaina secara am dirujuk sebagai novokaina (novocaine). Ia bertindak terutamanya sebagai penyekat saluran natrium.[2] Hari ini, ia digunakan secara terapeutik di sesetengah negara kerana kesannya simpatolitik, antiradang, meningkatkan perfusi dan meningkatkan emosi.[3]
Data klinikal | |
---|---|
AHFS/Drugs.com | Monograph |
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | Parenteral |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | N/A |
Metabolisme | Hidrolisis oleh esterase plasma |
Penyingkiran separuh hayat | 40–84 saat |
Perkumuhan | Buah pinggang |
Pengecam | |
| |
Nombor CAS | |
PubChem CID | |
IUPHAR/BPS | |
DrugBank | |
ChemSpider | |
UNII | |
KEGG | |
ChEBI | |
ChEMBL | |
NIAID ChemDB | |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.000.388 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C13H20N2O2 |
Jisim molar | 236.32 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
| |
| |
(what is this?) (verify) |
Procaine pertama kali disintesis pada 1905[4] sejurus selepas amilokaina.[5] Ia dicipta oleh ahli kimia Alfred Einhorn yang memberikan bahan kimia itu nama dagang Novocaine, daripada bahasa Latin nov- ("baharu") dan -caine, pengakhiran biasa bagi alkaloid yang digunakan sebagai anestetik. Ia diperkenalkan ke dalam penggunaan perubatan oleh pakar bedah Heinrich Braun.
Sebelum penemuan amilokaina dan prokaina, kokaina ialah anestetik tempatan yang biasa digunakan.[6] Einhorn berharap penemuan barunya digunakan bagi pemotongan anggota badan, tetapi pakar bedah lebih cenderung menggunakan bius am bagi hal ini. Sebaliknya, doktor gigi pula yang mendapatinya sangat berguna.[7]
Kegunaan utama procaine adalah sebagai anestetik.
Selain daripada penggunaannya sebagai anestetik pergigian, prokaina digunakan kurang kerap hari ini kerana alternatif yang lebih berkesan (dan hipoalergen) seperti lidokaina (Xylocaine) telah ada. Seperti anestetik tempatan lain (seperti mepivakaina dan prilokaina), procaine ialah vasodilator, oleh itu selalunya diberikan bersama epinefrina bagi tujuan cerutan . Vasocerutan membantu mengurangkan pendarahan, meningkatkan tempoh dan kualiti anestesia, menghalang ubat daripada mencapai peredaran sistemik dalam jumlah yang banyak, dan secara keseluruhan mengurangkan jumlah anestetik yang diperlukan.[8] Sebagai ubat bius pergigian, contohnya, lebih banyak novocaine diperlukan bagi rawatan saluran akar daripada tampalan mudah.[1] Tidak seperti kokaina yang merupakan pencerut, procaine tidak mempunyai kualiti euforia dan ketagihan yang meletakkannya dalam risiko penyalahgunaan.
Procaine, anestetik ester, dimetabolismekan dalam plasma oleh enzim pseudokolinesterase melalui hidrolisis menjadi asid paraamino benzoik (PABA) yang kemudiannya dikumuhkan oleh buah pinggang ke dalam air kencing.
Suntikan prokaina 1% telah disyorkan bagi rawatan komplikasi ekstravasasi yang berkaitan dengan cucukan vena, steroid dan antibiotik. Ia juga telah disyorkan dalam rawatan suntikan intraarteri yang tidak disengajakan (10 ml 1% procaine) kerana ia membantu melegakan kesakitan dan kekejangan vaskular.
Procaine ialah bahan tambahan sekali-sekala dalam dadah terlarang seperti kokain. Pengeluar MDMA juga menggunakan procaine sebagai bahan tambahan dalam nisbah antara 1:1 hingga 10% MDMA dengan 90% procaine, yang boleh mengancam nyawa.[9]
Penggunaan procaine membawa kepada penurunan aktiviti neuron. Perencatan ini menyebabkan sistem saraf menjadi hipersensitif, menghasilkan keresahan dan gegaran, membawa kepada sawan kecil hingga teruk.[perlu rujukan] Kajian ke atas haiwan telah menunjukkan penggunaan prokain membawa kepada peningkatan paras dopamina dan serotonin dalam otak.[10] Isu lain mungkin berlaku kerana toleransi individu yang berbeza-beza terhadap dos prokaina. Kegugupan dan pening boleh timbul daripada pengujaan sistem saraf pusat, yang boleh menyebabkan kegagalan pernafasan jika berlebihan. Procaine juga boleh menyebabkan kelemahan miokardium yang membawa kepada serangan jantung.[11]
Procaine juga boleh menyebabkan tindak balas alahan menyebabkan individu mengalami masalah pernafasan, ruam dan bengkak. Reaksi alahan terhadap prokaina biasanya bukan sebagai tindak balas kepada prokaina itu sendiri, tetapi kepada metabolitnya, PABA. Reaksi alahan sebenarnya agak jarang berlaku, dan dianggarkan berkebarangkalian 1 setiap 500,000 suntikan. Kira-kira satu daripada 3000 orang Amerika Utara berkulit putih adalah homozigot (mempunyai dua salinan gen abnormal) bentuk tak lazim enzim pseudokolinesterase yang paling biasa,[12][13] dan tidak menghidrolisiskan anestetik ester seperti prokaina. Ini mengakibatkan anestetik dapat tahan dalam tempoh yang berpanjangan dalam darah, dan ketoksikan bertambah.
Walau bagaimanapun, populasi tertentu di dunia seperti komuniti Vysya di India biasanya mempunyai kekurangan enzim ini.[13]
Procaine boleh disintesis dalam dua cara.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.