Pyongyang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pyongyang (Korea: 평양, 平壤) merupakan ibu negara bagi Republik Demokratik Rakyat Korea atau Korea Utara dan ia adalah bandar terbesar di negara itu. Bandaraya ini terletak di tebing Sungai Taedong. Populasi rasmi bandaraya ini tidak diumumkan; diberi 2,741,260 pada tahun 1993, dan dilaporkan pada 2.5 dan 3.8 juta pada tahun 2002 dan 2003 oleh Chongryon, sebuah pertubuhan penyokong Korea Utara di Jepun.
Pyongyang (ڤيوڠيڠ) | |
---|---|
Bandaraya pemerintahan langsung | |
Bandaraya Pemerintahan Langsung Pyongyang | |
Transkripsi | |
• Chosŏn'gŭl | 평양직할시 |
• Hancha | 平壤直轄市 |
• McCune-Reischauer | P'yŏngyang Chikhalsi |
• Perumian Semakan | Pyeongyang Jikhalsi |
Nama panggilan: 력동적 로동 (Korea: "Buruh yang Dinamik") | |
Negara | Korea Utara |
Kawasan | P'yŏngan |
Diasaskan | 1122 S.M. |
Keluasan | |
• Jumlah | 3,194 km2 (1,233 batu persegi) |
Aras | 27 m (89 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 2,581,076 |
Zon waktu | UTC+8:30 (PYT) |
• Musim panas (DST) | UTC+8:30 (Tiada) |
Hangul | 평양 직할시code: ko is deprecated |
---|---|
Hanja | 平壤直轄市code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Pyeongyang Jikhalsi |
McCune–Reischauer | P'yŏngyang Chikhalsi |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Bandaraya ini dipisahkan dari wilayah P'yŏngan Selatan pada tahun 1946 dan ditadbir sebagai sebuah Bandaraya Pemerintahan Langsung (직할시, Chikhalsi), pada peringkat yang sama seperti kerajaan wilayah, bukannya Bandaraya Khas (특별시, Teukbyeolsi) seperti di Seoul, Korea Selatan. Sesetengah sumber mengatakan, kebanyakan golongan tua dan rakyat Korea Selatan, menggelar P'yŏngyang sebagai Bandaraya Khas, tetapi pernah dilaporkan juga bahawa kerajaan Korea Selatan pula diberikan status Bandaraya Pemerintahan Langsung pada tahun 1994.