From Wikipedia, the free encyclopedia
Rojak ialah album studio kelima oleh penyanyi Faizal Tahir, dikeluarkan pada 2 Ogos 2019 oleh syarikat rakaman miliknya, Faithful Music dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Empat lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Rojak merupakan album studio terakhir beliau.[1]
Rojak | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 2 Ogos 2019 | |||
Dirakamkan pada | 2017-2019 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 42:38 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Faithful Music, Universal Music Malaysia | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Faizal Tahir | ||||
| ||||
Single daripada Rojak | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Persoalan berkaitan penghasilan album baharu akhirnya terjawab apabila Faizal Tahir memuatnaik senarai runut untuk album studio kelimanya di laman sosial Instagram miliknya pada 16 dan 20 Julai 2019. Seterusnya pada 24 Julai, Faizal melalui akaun Instagram mendedahkan bahawa album terbarunya diberi judul Rojak bersempena dengan "keunikan orang (masyarakat), budaya dan bahasa yang melambangkan Malaysia". Menurut beliau, Rojak akan menjadi album studio terakhir beliau.[2][3][4]
Single pertama yang dikeluarkan untuk album Rojak ialah "Ragaman" pada 24 Ogos 2018 dengan muzik videonya menampilkan Nabila Huda.[5][6] "Bisa Aja", single kedua untuk album ini dikeluarkan pada 18 Januari 2019, dengan tajuk dan lirik lagu menggunakan slanga bahasa Indonesia.[7] Ratu dikeluarkan sebagai single ketiga dan mengambil masa sehingga lima tahun untuk disiapkan. "Fire & Water" dikeluarkan sebagai single keempat dan dipilih sebagai lagu tema filem BoBoiBoy Movie 2.[8]
Rojak dikeluarkan pada 2 Ogos 2019.[9] Bagi mempromosikan album ini, satu lukisan mural album Rojak telah dipaparkan di Kasturi Walk di sebelah Pasar Seni di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Mural tersebut dilukis oleh Ab Hafiz Ab Rahman atau lebih dikenali sebagai Katun. Ini menjadikan Faizal sebagai artis Malaysia yang pertama dengan mural yang menggambarkan sampul album terbarunya.[10]
No. | Tajuk | Penulis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Ragaman" |
| 4:11 | |||||||
2. | "Ratu" |
| 3:52 | |||||||
3. | "Starfeather" |
| 3:39 | |||||||
4. | "Kamu" |
| 3:31 | |||||||
5. | "Bisa Aja" |
| 3:38 | |||||||
6. | "Malaysia" |
| 3:18 | |||||||
7. | "This Is Anfield" |
| 1:59 | |||||||
8. | "Until We Meet Again" |
| 1:20 | |||||||
9. | "Fire & Water" |
| 2:52 | |||||||
10. | "Starfeather (Live from Aceh)" |
| 3:31 | |||||||
11. | "Ratu (Piano Demo)" |
| 4:40 | |||||||
12. | "Bisa Aja (Live from Tokyo)" |
| 3:59 | |||||||
13. | "Anney, Rojak Satu!" |
| 1:32 | |||||||
Jumlah masa: 42:38 |
Negara | Tarikh keluaran | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 2 Ogos 2019 | CD, Muat turun digital[11] Penstriman digital[12] | Faithful Music, Warner Music Malaysia |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.