![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/df/Portrait_of_Salim_Segaf_al-Jufri.jpeg/640px-Portrait_of_Salim_Segaf_al-Jufri.jpeg&w=640&q=50)
Salim Segaf Al-Jufri
agamawan dan ahli politik Indonesia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Al-Habib Dr. H. Salim Segaf Al-Jufri (Arab: سالم سقاف الجفريcode: ar is deprecated ; lahir di Surakarta, Jawa Tengah, 17 Julai 1954; umur 69 tahun) ialah seorang ulama Islam dari Indonesia, dan ahli politik dari Partai Keadilan Sejahtera yang pernah menjawat sebagai Menteri Sosial Indonesia dalam Kabinet Indonesia Bersatu II di bawah pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Boediono pada 22 Oktober 2009 hingga 20 Oktober 2014.[4] Terdahulu daripada itu, Salim telah dilantik sebagai Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Oman dari 2005 hingga 2009.[5]
Salim Segaf Al-Jufri سالم سقاف الجفري | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa ke-3 | |
Memegang jawatan 11 September 2022[1] | |
Didahului oleh | Ahmad al-Raysuni |
Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera | |
Memegang jawatan 10 Ogos 2015[2] | |
Presiden |
|
Timbalan | Senarai
|
Didahului oleh | Hilmi Aminuddin |
Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa | |
Dalam jawatan 8 November 2018 – 11 September 2022 Berkhidmat dengan Ahmad bin Hamad al-Khalili dan Issam El-Bashir | |
Presiden | Ahmad al-Raysuni |
Didahului oleh | Abdul Hadi Awang |
Menteri Sosial Indonesia ke-26 | |
Dalam jawatan 22 Oktober 2009 – 20 Oktober 2014 | |
Presiden | Susilo Bambang Yudhoyono |
Didahului oleh | Bachtiar Chamsyah |
Digantikan oleh | Khofifah Indar Parawansa |
Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Oman ke-16 | |
Dalam jawatan 11 November 2005 – 21 Oktober 2009 | |
Presiden | Susilo Bambang Yudhoyono |
Didahului oleh | Muhammad Maftuh Basyuni |
Digantikan oleh | Gatot Abdullah Mansyur |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1954-07-17) 17 Julai 1954 (umur 69) Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia |
Kerakyatan | Indonesia |
Parti politik | Partai Keadilan Sejahtera |
Pasangan | Zaenab Alwi Basri |
Anak-anak |
|
Hubungan | Sayyid Idrus bin Salim Al-Jufri (datuk) |
Alma mater | Universiti Islam Madinah |
Pekerjaan | |
Anugerah | Bintang Mahaputera Adipradana (2014)[3] |
Dalam pada beliau berpolitik, Salim turut menggalas tugas sebagai Ketua Dewan Syariah dan Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera. Selain itu, beliau juga menjawat sebagai Pengarah Perwakilan Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY) bagi Kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara dan Pengarah Pusat Rundingan Syariah.[6] Salim aktif mengajar di UIN Syarif Hidayatullah, Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Bahasa Arab (LIPIA), dan Dirasat Islamiyah Jakarta.
Beliau turut terlibat dalam Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi pertubuhan tersebut bermula 8 November 2018[7]. Pada 11 September 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa[8][9] menggantikan Syeikh Dr Ahmad Al-Raysuni yang meletak jawatan[10].