From Wikipedia, the free encyclopedia
Seann William Scott (lahir 3 Oktober 1976) ialah seorang pelakon, pelawak, dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Steve Stifler dalam siri filem komedi seks remaja American Pie. Beliau telah muncul dalam pelbagai genre, termasuk filem seram Final Destination (2000), filem komedi Road Trip (2000), Dude, Where's My Car? (2000), filem komedi cereka sains Evolution (2001), filem aksi Bulletproof Monk dan The Rundown (kedua-duanya filem 2003), filem aksi komedi The Dukes of Hazzard (2005), filem komedi Role Models (2008), Cop Out (2010), Goon (2011) dan menjayakan watak sebagai Crash dalam siri filem Ice Age.
Scott dilahirkan di Cottage Grove, Minnesota. Beliau ialah anak kepada Patricia Anne (née Simons), seorang surirumah, dan William Scott Frank, seorang pekerja kilang. Scott ialah anak bongsu dari tujuh bersaudara. Scott berangan-angan untuk menjadi seorang pelakon sewaktu bekerja di pawagam tempatan dan boleh menonton filem secara percuma. Scott berketurunan Scotland dan Jerman.
Kejayaan komersial pertama Scott hadir menerusi filem 1999 American Pie, memegang watak sebagai Steve Stifler, dan kekal dengan watak sama dalam tiga filem susulan, American Pie 2 (2001), American Wedding (2003), dan American Reunion (2012).[1] Sewaktu membintangi filem pertama, Scott dibayar hanya $8.000.[2]
Scott muncul dalam filem arahan Kevin Smith, Jay and Silent Bob Strike Back sebagai aktivis hak haiwan dan memegang watak sebagai polis dalam filem Southland Tales, di mana beliau kembali bekerjasama dengan Dwayne "The Rock" Johnson, setelah sebelum ini juga muncul bersama dalam filem The Rundown. Scott menjadi pengacara MTV Movie Awards 2003 bersama Justin Timberlake. Keduanya menjayakan beberapa sandiwara, termasuk adegan dari The Matrix Reloaded. Beliau juga menjadi pengacara Saturday Night Live dan muncul sebagai pengacara undangan di Live with Regis and Kelly. Beliau menjadi pelakon suara watak Crash dalam Ice Age: The Meltdown dan kekal dengan watak sama dalam Ice Age: Dawn of the Dinosaurs (2009) dan Ice Age: Continental Drift (2012). Beliau juga membintangi filem aksi komedi Cop Out.[3]
Pada tahun 2011 beliau membintangi filem komedi sukan Goon sebagai Doug 'The Thug' Glatt. Pada tahun 2012, beliau membintangi Movie 43 dalam segmen "Selamat Ulang Tahun". Beliau kembali menjayakan watak sebagai Steve Stifler dalam filem 2012, American Reunion. Pada 2 Oktober 2013, Scott menjadi bintang undangan di episod 5, Musim 9 (berjudul "Day Mac") dari siri televisyen FX, It's Always Sunny in Philadelphia. Pada tahun 2014 beliau membintangi filem komedi drama, Just Before I Go sebagai Ted Morgan. Beliau kembali menjayakan watak sebagai Doug 'The Thug' Glatt dalam Goon: Last of the Enforcers dan beliau juga akan kembali meminjamkan suara watak Crash dalam Ice Age 5.
Pada Mac 2012, Scott telah bertunang dengan model Lindsay Frimodt.[4] Namun pada Januari 2013, US Weekly melaporkan bahawa pertunangan mereka telah berakhir dan keduanya telah berpisah, namun kekal sebagai rakan.[5]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1997 | Born Into Exile | Derek | Filem televisyen |
1999 | American Pie | Steve Stifler | |
2000 | Final Destination | Billy Hitchcock | |
2000 | Road Trip | E.L. | |
2000 | Dude, Where's My Car? | Chester Greenburg | |
2001 | Evolution | Wayne Grey | |
2001 | American Pie 2 | Steve Stifler | |
2001 | Jay and Silent Bob Strike Back | Brent | |
2002 | Stark Raving Mad | Ben McGewan | |
2003 | Bulletproof Monk | Kar | |
2003 | Old School | Peppers | |
2003 | American Wedding | Steve Stifler | |
2003 | The Rundown | Travis Alfred Walker | |
2004 | MTV Cribs | Dirinya sendiri | |
2005 | The Dukes of Hazzard | Bo Duke | |
2006 | Ice Age: The Meltdown | Crash | Suara |
2007 | Trainwreck: My Life as an Idiot | Jeff Nichols | |
2007 | Southland Tales | Roland Taverner | |
2007 | Mr. Woodcock | John Farley | |
2008 | The Promotion | Doug Stauber | |
2008 | Role Models | Anson Wheeler | |
2009 | Ice Age: Dawn of the Dinosaurs | Crash | Suara |
2009 | Balls Out: Gary the Tennis Coach | Gary Houseman | |
2009 | Planet 51 | Skiff | Suara |
2010 | Cop Out | Dave | |
2010 | Jackass 3D | Dirinya sendiri | Kameo |
2011 | Goon | Doug "The Thug" Glatt | |
2011 | Final Destination 5 | Billy Hitchcock | Rakaman arkib |
2012 | American Reunion | Steve Stifler | Penerbit eksekutif |
2012 | Ice Age: Continental Drift | Crash | Suara |
2013 | Movie 43 | Brian | Segmen: "Happy Birthday" |
2015 | Just Before I Go | Ted Morgan | |
2016 | Ice Age: Collision Course | Crash | Suara |
2016 | Goon: Last of the Enforcers[6] | Doug "The Thug" Glatt |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.