Serangan Jepun ke atas Korea (1592–1598)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Serangan Jepun ke atas Korea terdiri daripada dua operasi terpisah yang terkait: pencerobohan awal pada tahun 1592, gencatan singkat pada 1596, dan pencerobohan kedua pada tahun 1597. Konflik berakhir pada tahun 1598 dengan pengunduran pasukan tentera Jepun [4][5] dari Semenanjung Korea selepas kebuntuan tentera[6] di wilayah pantai selatan Korea.[7]
Serangan Jepun terhadap Korea | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pendaratan kapal Jepun di Busan | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Korea di bawah Dinasti Joseon,China di bawah Dinasti Ming,Jurchen Jianzhou | Jepun di bawah Toyotomi Hideyoshi | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Korea
Raja Seonjo
Putra Mahkota Gwanghae
Yi Sun-sin†,
Gwon Yul,
Yu Seong-ryong,
Yi Eok-gi†,
Won Gyun†,
Kim Myeong-won,
Yi Il,
Sin Rip†,
Gwak Jae-u,
Kim Si-min† China Li Rusong† (pr.), Li Rubai, Ma Gui (pr.), Qian Shi-zhen, Ren Ziqiang, Yang Yuan, Zhang Shijue, Chen Lin | Jepun Toyotomi Hideyoshi, Katō Kiyomasa, Konishi Yukinaga, Kuroda Nagamasa, Todo Takatora, Katō Yoshiaki, Mōri Terumoto, Ukita Hideie, Kuki Yoshitaka, So Yoshitoshi, Kobayakawa Takakage, Wakizaka Yasuharu, Shimazu Yoshihiro, Kurushima Michifusa† | ||||||
Kekuatan | |||||||
Korea
84,500 tentera Korea,
(pada awalnya)
sekurangnya 22,600 orang tenaga sukarela China Pertama (1592–1593)43.000+ Kedua (1597–1598) 100.000 | Jepun Pertama (1592–1593) Sekitar 160,000-235,000 Kedua (1597–1598) Sekitar 140,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Korea Jumlah tentera 300,000[1] China Jumlah tentera 30,000[2][3] |
Jepun Jumlah tentera 130,000 | ||||||
rakyat + jumlah tentera 1,000,000 |
Toyotomi Hideyoshi yang memimpin serangan pertama (1592-1593) baru saja menyatukan Jepun dengan tujuan menaklukki Korea, bangsa Jurchen, Dinasti Ming, dan India. Serangan kedua (1594-1596) bertujuan hanya sebagai pembalasan terhadap kegagalan seranbgan pertama terhadap Joseon. Serangan besar yang juga dikenali sebagai serangan Hideyoshi ke Korea, Perang Tujuh Tahun (masa berlangsungya) serta Perang Imjin (한글 / Hangul: 임진왜란 Invasi di Tahun Imjin). Pihak Korea dibantu dengan Ming mampu menaklukkan serangan-serangan Jepun melalui laut, sementara ibu kota dan kota-kota besar dihancurkan tentara Jepun.
Pencerobohan dilancarkan oleh Toyotomi Hideyoshi dengan niat untuk menakluki Semenanjung Korea dan China, yang diperintah oleh Joseon dan oleh dinasti Ming. Jepun dengan cepat berjaya menduduki sebahagian besar Semenanjung Korea, tetapi sumbangan bala bantuan oleh Ming,[8][9][10] serta gangguan armada bekalan Jepun di sepanjang pantai barat dan selatan oleh Angkatan Laut Joseon[11][12][13][14][15]memaksa pengunduran pasukan Jepun dari Pyongyang dan wilayah-wilayah utara ke selatan, di mana Jepun terus menduduki Hanseong (sekarang Seoul) dan wilayah tenggara. Selepas itu, dengan peperangan gerila yang dilancarkan terhadap orang Jepun dengan tentera-tentera militia awam Joseon[16] dan kesulitan bekalan yang menghalang kedua-dua belah pihak, tiada satupun sama ada pasukan Jepun atau gabungan pasukan Ming dan Joseon dapat melancarkan serangan yang berjaya atau memperoleh mana-mana wilayah tambahan, menyebabkan kebuntuan tentera di kawasan antara Hanseong dan Kaesong. Fasa pertama pencerobohan berlangsung dari tahun 1592 hingga 1596, dan diikuti oleh rundingan damai yang akhirnya tidak berhasil antara Jepun dan Ming antara 1596 dan 1597.
Pada tahun 1597, Jepun memperbaharui serangannya dengan menyerang Korea buat kali kedua. Corak pencerobohan kedua sebahagian besarnya mencerminkan yang pertama. Jepun memperolehi kejayaan awal di darat, menawan beberapa bandar dan kubu, hanya dihentikan dan terpaksa berundur ke kawasan pesisir selatan di semenanjung. Bagaimanapun, pasukan Ming dan Joseon yang mengejar tidak dapat menghalau orang Jepun dari kubu-kubu mereka yang tersisa dan kedudukan yang kuat di kawasan pesisir selatan,[17][18][19] di mana kedua-dua belah pihak dikepung dalam kebuntuan tentera selama sepuluh bulan yang panjang.
Dengan kematian Hideyoshi pada tahun 1598, kemaraan di darat adalah terhad, dan gangguan bekalan berterusan oleh angkatan laut Joseon, tentera Jepun di Korea telah diperintahkan untuk menarik diri kembali ke Jepun oleh Majlis Lima Ketua yang baru. Rundingan damai akhir antara kedua-dua pihak diikuti kemudian dan berterusan selama beberapa tahun, akhirnya menyebabkan normalisasi hubungan.[20]