From Wikipedia, the free encyclopedia
SimplySiti Sdn. Bhd. (didaftarkan sebagai SimplySiti) ialah syarikat produk kosmetik dan kecantikan yang diasaskan pada 30 Mac 2010 oleh penyanyi, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin dengan ibu pejabatnya beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Nama syarikat ini diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, “simplicity” yang bermaksud kesederhanaan.
Jenis/bentuk sah | Syarikat Sendirian Berhad |
---|---|
Industri | Kosmetik, Penjagaan peribadi |
Ditubuhkan | 30 Mac 2010[1] |
Pengasas | Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin |
Ibu pejabat | Suite 33-11 & 35-11, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Wilayah Persekutuan, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin (Presiden)[2] Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (Naib Presiden)[2] Datuk Normaziah Sheikh Mohamad[3] P.Y. Wong[3] Muhd Asyraf Khalid (Pengarah Eksekutif) |
Keluaran | Penjagaan kulit Solekan Wangian |
Tapak web | www.simplysiti.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Dilancarkan pada 30 Mac 2010, SimplySiti ialah percubaan kedua Datuk Siti Nurhaliza untuk menceburi bidang perniagaan selepas percubaan pertamanya bersama jenama produk minuman teh CTea menemui jalan buntu,[3] dan pengeluaran produk tersebut telah ditamatkan pada Mac untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada SimplySiti.[4] Dengan bantuan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa dan dua rakan niaganya, beliau menceburkan diri dalam industri kosmetik selepas kajian selama dua tahun bersama AC Nielsen untuk mengkaji pasaran dan sasaran pelanggan.[5] Kosmetik telah dihasilkan di Korea[5] dengan penjanaan teknologi nano.[6] Sebelum ia berada di pasaran, SimplySiti menerima status Halal daripada pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengkaji kilang di Korea untuk memeriksa setiap aspek pembuatan dengan peraturan yang lebih ketat untuk memastikan produk berkenaan disahkan Halal.[3] Kebanyakan produk, terutama rangkaian gincu bibir yang dikeluarkan memperoleh nama dari tajuk album dan singlenya.[5][2] Strategi pasaran termasuk ketersediaan produk di semua cawangan Watsons, Guardian dan Jusco di seluruh Malaysia,[2] dengan kiosk pertamanya dibuka di JB Sentral di Johor Bahru, Johor[7] dan terdapat perancangan untuk mempromosikan produk berkenaan di Brunei, Indonesia, Singapura dan negara Timur Tengah.[2]
Pada Julai, SimplySiti telah menandatangani kontrak bersama syarikat kelengkapan peribadi British, Standard Soap untuk menghasilkan produk baru SimplySiti seperti syampu, anti-peluh dan kelengkapan peribadi lain untuk edaran pada Februari 2011, yang boleh meningkat sehingga £5 juta untuk tiga atau empat tahun pertama.[8]
Edisi emas terhad produk SimplySiti bersertakan dengan tandatangannya telah dikeluarkan pada lewat bulan Ogos, terutamanya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri[9] dan sebulan kemudian, koleksi baru dikenali sebagai “SimplySiti Glam Red” telah dilancarkan dengan lima warna baru untuk koleksi gincu bibir.[10]
Pada Februari 2012, SimplySiti memperkenalkan Dermagic yang mengkhususkan kepada rawatan kesihatan wajah. Dermagic ialah produk yang dicipta khas untuk pengguna merasai kecantikan tanpa stres, ia memiliki tiga bahan utama yang istimewa iaitu ‘Plant Endorphin, Korea Plant Stem Cells, dan Advanced Hydro Collagen’. Krim ini merupakan yang pertama seumpamanya dikeluarkan di negara ini yang mana ia menggunakan teknologi dari Korea.[11][12]
Pada 2014, SimplySiti melancarkan Koleksi Bronze dan mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 10 peratus tahun ini, selain turut meningkatkan jualan produknya di pasaran tempatan selain menumpukan perhatian kepada jualan di Sabah dan Sarawak.[13]
Pada Jun 2015, SimplySiti menjalin hubungan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) menerusi kempen membeli sambil menderma, SimplySiti Di Hati yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu pembiayaan kanak-kanak kurang bernasib baik yang menghidapi penyakit jantung.[14] Kempen yang mula diadakan sejak 2012 itu dibuat tidak berasaskan keuntungan, sebaliknya bertanggungjawab memberi bantuan kewangan bagi membiayai kos perubatan pesakit jantung yang menerima rawatan di IJN.[14]
Pada 20 April 2016, SimplySiti bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menerusi "Kempen Hope" untuk mewujudkan kesedaran mengenai pencegahan kanser serviks di kalangan wanita Malaysia. Kempen ini adalah satu usahasama antara SimplySiti, NCSM, Guardian Pharmacy dan KPJ Healthcare Berhad untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser serviks dan kaedah pencegahannya.[15]
Pada Mei 2016, SimplySiti mengumumkan bakal menembusi pasaran Indonesia selewat-lewatnya pada 2017.[16][17][18][19][20] Dalam temuramah bersama Sinar Harian, Siti berkata: "SimplySiti memang merancang untuk memasarkan produk kami ke luar negara tetapi banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Kami perlu memilih rakan kongsi yang jujur dan mengkaji kehendak pelanggan di sana. Walaupun tidak mempunyai outlet di luar negara, kebanyakan pelanggan membelinya ketika berkunjung ke Malaysia. Pelanggan dari Singapura akan beli produk SimplySiti di Johor,"[16][21]
SimplySiti juga menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 500,000 unit setiap empat produk di bawah rangkaian penjagaan kulit bercahaya putih Luminous White yang baru dilancarkan dalam tempoh setahun.[22] Rangkaian penjagaan kulit terdiri daripada pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam, berharga antara RM25.90 dan RM41.90 setiap satu.[22] Syarikat itu juga berhasrat untuk menjadikan Luminous White menjadi salah satu jenama penjagaan kulit pemutihan yang pertama di negara ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.[22][23]
Kami akan meningkatkan usaha pemasaran kami dengan menyertai perayaan dan melibatkan diri dalam kerjasama dengan jenama lain untuk memastikan produk mudah diperolehi di pasaran,
Pada September 2016, SimplySiti mengikat perjanjian kerjasama bersama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menerusi pengenalan dua produk edisi khas dan eksklusif.[24] Pengumuman kerjasama itu diadakan di satu majlis yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.[24] Dua produk keluarannya, Simply Elegant 2 Way Cake dan Simply Elegant Lip Gloss Duo edisi AirAsia merupakan produk eksklusif yang mula dijual dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X pada harga RM60 dan harga promosi ialah RM54.[24][25][26][27]
Siti terlibat dalam promosi produk termasuk kemunculan di dalam iklan televisyen produk dan menjelajah pusat membeli-belah seluruh Malaysia di mana beliau menyanyikan lagu tema produk SimplySiti, “Rahsiaku Kini Milikmu”.[5][28]
Sejak diasaskan pada 2010, SimplySiti telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik dan kecantikan yang merangkumi tiga produk utama - Penjagaan kulit, solekan dan wangian. Berikut ialah senarai produk keluaran SimplySiti.[lower-alpha 1]
Anugerah BOSS (BA) telah dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Muda ASEAN (MAAYE) untuk mengenali penghibur cemerlang dalam komuniti usahawan muda Malaysia dan ASEAN. Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan, inovasi dan amalan terbaik dalam entiti perniagaan.[29]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016[30] | SimplySiti | People's Choice Awards | Tercalon |
Pertama kali dianjurkan pada 2006 oleh The Halal Journal, salah satu objektif utama anugerah ini ialah untuk memberikan sokongan kepada produk halal dan perkhidmatan dari seluruh dunia. Menjadi satu-satunya pemenang Malaysia, rangkaian kecantikan dan kosmetik beliau, SimplySiti merangkul kategori Produk Terbaik.[31]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 [32] | SimplySiti | Produk Halal Terbaik | Menang |
Halal Fiest Malaysia atau lebih dikenali sebagai Halfest ialah pameran perdagangan lima hari tahunan yang pertama dilancarkan pada 2011 untuk mempromosikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)[33] yang menerima pensijilan Halal. Pada 2012, rangkaian kosmetik SimplySiti merangkul tempat kedua dalam kategori Pembungkusan Terbaik di Anugerah Halfest 2012.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2012 [34] | SimplySiti | Pembungkusan Terbaik | Tempat Kedua |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010[35] | SimplySiti | Maskara Kalis Air Terbaik | Menang |
Pada 11 Januari 2011, beliau menerima dua anugerah daripada The BrandLaureate - SMEs Chapter Awards, satu untuk produk SimplySiti beliau, untuk Jenama Harapan dan satu lagi untuk dirinya sendiri, yang pertama kali diperkenalkan pada 2011, The BrandLaureate Tun Dr. Siti Hasmah SME’s Women Of The Year 2010 yang disampaikan oleh Tun. Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun. Dr. Mahathir Mohamad.[36]
Pada 8 Oktober 2011, beliau menerima anugerah oleh UDC Business Awards (Universo De Comercio Business Awards) di bawah kategori “Produk Kosmetik Akan Datang Terbaik UDC” yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.[38]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011[38] | SimplySiti | Produk Kosmetik Akan Datang Terbaik UDC | Menang |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011[35] | SimplySiti | Pelancaran Produk Halal Terbaik | Menang |
BB-Cream Halal Terbaik | Menang | ||
Bedak Wajah Terbaik | Menang | ||
Pelancaran Jenama Eksklusif Terbaik | Menang |
Malaysia’s Strongest Brands Award telah dianjurkan oleh Y & R (Young dan Rubicam) Malaysia, untuk mengiktiraf jenama yang kukuh di Malaysia di 10 kategori termasuk Automotif, Perbankan, Kecantikan, Makanan dan Minuman, Insurans, Industri Peruncitan dan Telekomunikasi. Para pemenang telah dipilih berdasarkan Kajian BrandAsset Valuator (BAV) Malaysia 2016, yang melihat merit dan pengumpulan data terperinci lebih 900 jenama di Malaysia.[39]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016[40] | SimplySiti | Malaysia’s Strongest Brands - BEAUTY | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.