Stesen LRT Taman Jaya
Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Taman Jaya,Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Taman Jaya,Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen LRT Taman Jaya merupakan stesen LRT yang terletak di Petaling Jaya,Selangor, Malaysia dan sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya. Stesen ini dinamakan bersempena Taman Jaya di Seksyen 10, iaitu taman pertama yang diasaskan di Petaling Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian daripada segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]
Lokasi | Stesen LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°6′14″N 101°38′42″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T640 PJ City: PJ02 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ20 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen Taman Jaya terletak di sepanjang Persiaran Barat berhampiran simpang Lorong Sultan di utara Seksyen 52 Petaling Jaya, Selangor. Selain Seksyen 52, stesen ini juga terletak tidak jauh dari Seksyen 9 Petaling Jaya, pusat membeli-belah Amcorp Mall, restoran A&W, Menara Yayasan Selangor, Menara PJX HM Shah, Mahkamah Majistret Munisipal Petaling Jaya, ibu pejabat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Jabatan Meteorologi Malaysia Petaling Jaya, bangunan PKNS Petaling Jaya, Dataran Petaling Jaya, taman rekreasi Taman Jaya, dan Gereja Anglikan St Paul.
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Timur | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (KL Gateway-Universiti) | |
KJ Arah Barat | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Asia Jaya) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan kedai serbaguna |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Bas RapidKL laluan T640 dan bas PJ City laluan PJ02 berkhidmat di stesen ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.