From Wikipedia, the free encyclopedia
Susu badam ialah sejenis susu tumbuhan yang dihasilkan daripada kacang badam dengan tekstur berkrim dan rasa kacang. Ia tidak mengandungi kolesterol mahupun laktosa, dan ia sering digunakan oleh orang-orang yang tidak toleran laktosa serta mereka yang ingin menghindari produk tenusu, termasuk golongan vegan. Susu badam yang dihasilkan dalam bentuk komersil datang dalam bentuk biasa yang manis, tanpa gula, biasa, dalam perisa vanila dan coklat; dan ia biasanya diperkayakan dengan vitamin. Ia juga boleh dibuat di rumah dengan mengisar badam dan air.[1] Susu badam secara tradisinya dimakan di seluruh kawasan laut Mediterranean.
Susu badam | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | Susu tumbuhan, vegan product, non-alcoholic beverage | ||||||
Bahan yang biasa digunakan | Almond, air | ||||||
15 kcal (63 kJ) | |||||||
| |||||||
sunting · sunting di Wikidata |
Di Zaman Pertengahan, susu badam telah dikenali di kedua-dua dunia Islam dan Kristian. Bahan asasnya daripada tumbuhan menjadikannya ia sesuai dimakan orang Katolik sewaktu upacara Lent. Susu badam merupakan bahan penting masakan Zaman Pertengahan berbanding susu lembu yang tidak dapat disimpan untuk waktu yang lama tanpa ia basi.[2]
Dalam masakan orang Iran, pencuci mulut berdasarkan susu badam dipanggil harireh badam ("bubur badam") merupakan makanan tradisi masyarakat tersebut ketika bulan Ramadan.[3]
Susu lembu (keseluruhan, ditambah vitamin D)[4] |
Susu soya (tanpa gula; berkalsium, ditambah vitamin A dan D)[5] |
Susu badam (tanpa gula)[6] | |
---|---|---|---|
Kalori (cawan, 243 g) | 149 | 80 | 39 |
Protein (g) | 7.69 | 6.95 | 1.55 |
Lemak (g) | 7.93 | 3.91 | 2.88 |
Lemak tepu (g) | 4.55 | 0.5 | 0 |
Karbohidrat (g) | 11.71 | 4.23 | 1.52 |
Serat (g) | 0 | 1.2 | 0 |
Gula (g) | 12.32 | 1 | 0 |
Kalsium (mg) | 276 | 301 | 516 |
Kalium (mg) | 322 | 292 | 176 |
Natrium (mg) | 105 | 90 | 186 |
Vitamin B12 (µg) | 1.10 | 2.70 | 0 |
Vitamin (IU) | 395 | 503 | 372 |
Vitamin D (IU) | 124 | 119 | 110 |
Kolesterol (mg) | 24 | 0 | 0 |
Susu badam mentah kurang vitamin D daripada susu lembu yang diperkayakan; susu lembu yang dihasilkan di Amerika Utara mesti diperkayakan dengan vitamin D, namun vitamin turut ditambah pada susu tumbuhan mengikut citarasa pengeluar.[7] Kandungan protein susu badam yang rendah menjadikannya tidak sesuai menggantikan susu ibu, susu lembu, atau formula susu untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun.[8]
Kaedah penghasilan susu badam yang asas adalah mengisar badam dengan air, dan kemudiannya menapis sari badam tersebut dengan penapis atau kain keju. Susu badam juga boleh dibuat dengan menambahkan air ke mentega badam.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.