Sycee
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sycee (dari bahasa Inggeris menyerap bahasa Kantonis 細絲code: zh is deprecated , sai-sì "sutera halus", pinyin: xìsī),[1][2] yuánbǎo (Cina ringkas: 元宝code: zh is deprecated code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 元寶code: zh is deprecated ,code: zh is deprecated Pe̍h-ōe-jī: goan-po) atau kimpo (bahasa Min Selatan dari 金寶) adalah sejenis mata wang jongkong perak atau emas yang digunakan di Cina hingga abad ke-20. Jongkong-jongkong ini datang dalam pelbagai bentuk dan rincian terutamanya bentuk "perahu", nilainya tidak ditentukan tukang perak tetapi sebaliknya berdasarkan berat tahil perak yang ditimbang. Tahil tempatan juga dipentingkan berbanding mana-mana sukatan pusat, jadi tahil Kwantung beratnya 37.5g, tahil "Biasa" atau Shanghai 33.9 g, dan tahil kastam atau Hǎiguān (海關code: zh is deprecated ) pula 37.8 g. Kadar pertukaran antara pelbagai tahil yang biasa dijumpai turut diketahui ramai.